Empat parti utama GRS siap sedia hadapi PRN – Masiung


By Yussof J Imbang

TONGOD: Empat gabungan parti politik berpengaruh di Kuamut, sudahpun membuat persiapan terakhir untuk menuju benteng Pilihan Raya Negeri (PRN-17).

Empat parti utama dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Kuamut iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanahair (STAR) dan Usno telahpun bersiapsiaga memasuki benteng terakhir PRN-17.

Pengerusi GRS Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, gabungan itu sudahpun melangkapkan jentera bagi menyahut cabaran parti-parti lawan sambil bertekad untuk mempertahan kekuatan dominan GRS.

Wakil Rakyat Kuamut itu berkata, selepas hadir taklimat agen pusat mengundi dan agen pengiraan undi di Dewan Simpang Entilibon, kelmarin.

Pengarah Sekretariat Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Abdul Kassim Razali turut hadir mengetuai delegasi pegawai latihan dan penceramah daripada Kota Kinabalu pada sisi taklimat tersebut.

Menurut Masiung, GRS Kuamut tidak akan bersandar semata-mata kepada laporan Sekretariat War Room, melainkan setalah membuat kerja turun padang sejak lebih setahun lalu.

” Misi kita untuk mempertahan kerusi GRS dan memperolehi mejoriti yang besar di Kuamut menjalang PRN-17.

” Sebagai langkah kesiapsiagaan, GRS yang dipayungi Gagasan Rakyat sudahpun memulakan gerak kerja parti di seluruh kawasan Kuamut sejak tiga tahun lalu, ” tegasnya.

Mengulas lanjut, Masiung yang juga Naib Presiden, Gagasan Rakyat berkata, satu jawatankuasa bersama telah dibentuk di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) untuk mempastikan persiapan kempen pilihan raya kali ini berjalan dengan teratur.

Ketua-Ketua Bahagian GRS Kuamut turut hadir pada taklimat tersebut ialah Mandik Yadam (Star), James Aik (Usno) dan Dusin Janis (PBS).

300 ahli jawatankuasa jentera utama GRS turut hadir pada sisi ceramah dan taklimat akhir tersebut berikrar untuk memberi sokongan padu kepada calon GRS yang bakal bertanding mempertahankan kerusi GRS Kuamut.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles