Sabah Electricity komited bangun modal insan, kukuhkan organisasi

KOTA-KINABALU: Pembangunan modal insan akan dapat mengukuhkan oganisasi melalui peningkatan kecekapan, kemahiran dan pengetahuan pekerja yang membolehkan mereka menyumbang secara efektif kepada organisasi.

Di Sabah Electricity Sdn.Bhd (Sabah Electricity), pembangunan modal insan adalah asas kepada kemajuan syarikat.

“Bila anggota kerja berkembang, organisasi akan turut maju,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ir.Ts. Mohd Yaakob Hj. Jaafar dalam satu kenyataan media.

Satu majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Sabah Electricity dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah dimeterai pada Jumaat.

Perjanjian itu akan menyaksikan kolaborasi antara Sabah Electricity dan UMS dalamStrategic Business Leadership Program.

Melalui pelaksanaan program ini, Sabah Electricity akan memperkukuhkan barisan kepimpinan syarikat itu dengan meningkatkan kemahiran, literasi kewangan, pemikiran strategik perniagaan dalam usaha melahirkan barisan pengurusan yang berupaya untuk memimpin serta mengekalkan pertumbuhan organisasi dalam persekitaran industri yang dinamik.

Program itu akan dilaksanakan selama 24 bulan dan dijangka akan bermula pada September 2025 di mana seramai 20 barisan pengurusan atasan Sabah Electricity akan dipilih untuk menyertai program tersebut.

Selain itu, Sabah Electricity dan UMS turut meneroka kerjasama masa depan yangmerangkumi inisiatif pembangunan bakat bagi memperkukuhkan keupayaan tenaga kerja sedia ada, serta membuka peluang pencarian bakat melalui pengambilan graduan UMS berpotensi untuk menyertai industri tenaga. 

Pada masa yang sama, kedua-dua pihak juga sedang menilai penubuhan Transformer Oil Lab dan High Voltage Lab di UMS, di samping memperkukuhkan kerjasama antara pakar teknikal Sabah Electricity dan penyelidik UMS bagi menjayakan agenda penyelidikan, pembangunan, serta inovasi dalam bidang tenaga elektrik.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Datuk Ir. Ts. Mohd Yaakob Hj. Jaafar dan Hajah Zunaidah Osman, Setiausaha Syarikat mewakili Sabah Electricity, manakala UMS diwakili oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor dan Luqman Ridha Anwar, Pendaftar Universiti.

Majlis menandatangani perjanjian itu disaksi oleh Pengerusi Sabah Electricity, Saadiah Aziz dan Chief Human Resources Officer, Haji Jait Aziz.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles