Pekan Kota Kinabatangan berada di landasan kukuh jadi bandar mampan – Masiung


Oleh Yussof J. Imbang

KINABATANGAN; Pekan Kota Kinabatangan kini berada dilandasan kukuh dalam merealisasikan tranfomasi bandar mampan dan beradya maju menerusi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), Datuk Masiung Banah berkata, projek mega bandar baharu Seri Milian bernilai RM366 juta bakal membuka lembaran baharu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mampan di Pantai Timur Sabah.

Beliau berkata semasa mengiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor ketika merasmikan upacara majlis pecah tanah projek mega itu di Dataran Terminal Terbuka Pekan Kota Kinabatangan, kelmarin.

Masiung berkata, pembangunan bercampur seluas 154.48 ekar dilaksanakan menerusi kerjasama strategik antara syarikat Sunmow Construction Sdn Bhd dan Majlis Daerah Kinabatangan.

Pelaksanaan projek itu akan melalui tiga fasa dan akan mengambil masa 15 tahun untuk siap sepenuhnya.

Katanya, projek berimpak tinggi itu bakal jadi pemangkin ekonomi baharu kepada warga Kinabatangan khususnya di kawasan Lamag.

Menurut Masiung, memandangkan Kinabatangan berpotensi besar dalam industri pelancongan, sebuah hotel 13 tingkat bertaraf empat bintang yang mengandungi 200 bilik akan dibina menerusi projek berkenaan.

Kawasan bandar baharu Seri Milian turut menempatkan pusat informasi pelancongan selain membina pusat komersial, kompleks sukan, perumahan awam, bangunan Majlis Daerah, masjid, stesen minyak dan medan selera.

Semantara itu, Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) turut merancakan program pembangunan SMJ di Beluran menerusi pembinaan 16 unit bangunan komersial dengan kos RM1,1568 juta.

Selain itu, LPPB turut membina 20 unit rumah mampu milik bagi fasa pertama dekat Pekan Beluran.

Pengerusi LPPB bertaraf Menteri itu telah melakukan upacara pecah tanah di tapak cadangan bangunan komersial petang semalam sambil diiringi Pembantu Menteri Menteri Luar Bandar yang juga Wakil Rakyat Labuk Datuk Samad Jamri.

Turut hadir di majlis pecah tanah ialah Wakil Rakyat Telupid, Datuk Johnnybone J. Kurum dan Pengurus Besar LPPB, Datuk Rosemay Ahping.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles