KOTA KINABALU: Pasukan Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS) akan mewakili Jabatan Hal Ehwal Sekerja Negeri Sabah (JHEKS) ke Kejohanan Kesatuan Sekerja Tahun 2025 Piala Menteri Sumber Manusia (KESUKES) dI Universiti Sains Malysia, Pulau Pinang selama dua hari bermula 8 Ogos depan.
Pemilihan KGKS itu dibuat susulan kejayaan pasukan itu menjuarai ketiga-tiga acara yang dipertandingkan sempena Kejohanan Sukan Piala Pengarah Jabatan Hal Ehwal Sekerja Negeri Sabah (JHEKS) di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu pada Sabtu.
Antara pertandingan yang diadakan itu ialah Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah, Pertandingan Badminton dan Bola Jaring.
Dalam pertandingan akhir bola sepak, pasukan KGKS berjaya menewaskan Kesatuan Pekerja-Pekerja Sabah Port Sdn Bhd 1-0 hasil jaringan cantik Cikgu Pascalis George Odis.
Pasukan badminton KGKS turut mempamerkan persembahan memberangsangkan, mengetepikan pasukan
kesatuan Pekerja-Pekerja Sabah Port Sdn Bhd dengan keputusan 3-2.
KGKS melengkapkan penguasaan apabila pasukan itu secara automatik menang tanpa bertanding.
Sementara itu, Gundohing Riduan bin Mohd Yassin,Setiausaha Agung Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS) menzahirkan ucapan syukur kerana pasukannya terpilih mewakili JHEKS Sabah dalam Kejohanan KESUKES.
Turut hadir menyaksikan kejohanan JHEKS
ialah Ahmad Sharizat bin Amrin , Pegawai Jabatan Hal Ehwal Sekerja (JHEKS) Sabah.