KGKS sokong desakan agar KPM sediakan garis panduan arahan menerusi aplikasi sosial

TUARAN: Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS) menyatakan sokongan penuh terhadap saranan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) supaya Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan garis panduan khusus, berkaitan arahan menerusi aplikasi sosial.

Presiden KGKS Gundohing Murkam Hj Hussien berkata garis panduan yang jelas penting bagi melenyapkan segala kekalutan berhubung arahan seumpama itu.

Katanya ini termasuk arahan menerusi
WhatsApp dan panggilan menyertai mesyuarat ‘tidak mendesak’ secara dalam talian di luar waktu bertugas.

“Dalam hal ini, kita senada dengan NUTP. Kita tidak mahu wujud keadaan di mana guru-guru diganggu sewenang-wenangnya selepas waktu bekerja oleh pentadbir sekolah dan PPD hingga mengganggu kehidupan peribadi guru itu sendiri.

“Sebab itu, KGKS menyokong seruan NUTP supaya Kementerian Pendidikan keluarkan garis panduan holistik yang mudah difahami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Murkam berharap proses penyediaan dan pelaksanan garis panduan itu juga dapat dipercepatkan demi kebaikan semua pihak, khususnya guru-guru yang bertugas di Sabah.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan telah menyediakan garis panduan berkaitan penggunaan media sosial dalam kalangan guru dan sentiasa memantau keadaan itu bagi memastikan ia tidak disalah guna bagi tujuan tertentu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dipetik sebagai berkata bahawa golongan guru tidak boleh sewenang-wenangnya menyalahgunakan platform tersebut dan tindakan tegas akan diambil jika terbukti mereka melanggar garis panduan berkenaan

Related Articles

253FansLike

Latest Articles