Kerajaan wajar beri perhatian nasib 5,000 Pekerja Petronas bakal diberhentikan – Masiung


Oleh Yussof J. Imbang

SANDAKAN; Kerajaan tidak boleh melihat sebelah mata berhubung nasib lebih 5,000 pekerja Petronas berstatus kontrak yang bakal diberhentikan perkhidmatan mereka.

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah mendesak campur tangan kerajaan supaya satu sesi libat urus diadakan antara Kerajaan, Petronas dan Kesatuan Sekerja bagi memastikan langkah penstrukturan itu tidak diambil sebelah pihak sahaja.

” Isu ini bukan kecil kerana ia melibatkan pekerja Bumiputera daripada Sabah dan Sarawak sekaligus membabitkan ribuan ahli keluarga mereka, ” kata beliau selepas merasmikan Mesyuarat Agung Gagasan Rakyat Bahagian Karamunting, semalam.

Masiung menegaskan, nasib lebih 5,000 pekerja harus dibela dengan adil kerana mereka adalah warga muda pencari nafkah dan menjadi tulang belakang kepada ekonomi keluarga.

Menurut Wakil Rakyat Kuamut itu, keputusan drastik melibatkan ribuan keluarga yang meratapi atas kehilangan sumber pekerjaan mereka menuntut keprihatinan kerajaan membela nasib mereka.

Pekerja Bumiputera Sabah dan Sarawak yang terjejas wajar mendapat sokongan daripada Kerajaan Negeri, kerana kedua-dua negeri itu merupakan penyumbang terbesar hasil minyak dan gas negara.

Masiung mempersoalkan, kenapa pengurangan pekerja kali ini mencacah lebih 5,000 dengan alasan keuntungan Petronas merosot sedangkan harga minyak kekal stabil pada USD65 setong.

” Saya heran, pada tahun 2016 ketika harga minyak jatuh USD44 setong, Petronas hanya mengurangkan 1,000 pekerja.

” Jika keuntungan terus merosot, sudah tentu tadbir urus dalam Petronas ada yang perlu diperbetulkan, ” tegasnya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles