Pendirian terbuka Zahid Hamidi langkah bijak jayakan kerjasama besar demi Sabah – Salleh

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan pendirian terbuka Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai kerjasama BN-PH +++ sebagai langkah bijak yang sekali gus memberi ruang kerjasama yang lebih luas menjelang PRN Sabah.


Beliau berkata gabungan itu tidak menolak GRS, malah ia terbuka kepada mana-mana parti yang mahu kestabilan.


Salleh yang juga Adun Usukan berkata pendekatan itu sejajar dengan semangat Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat.

“Penjajaran politik dengan cara yang praktikal boleh disusun semula.


“Pembahagian kerusi boleh dirunding ikut prinsip agihan yang adil dan dasar yang dipersetujui bersama, “ katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook.

Menurutnya kerjasama BN-PH +++ bukan sekadar strategi pilihan raya, sebaliknya ia bakal menjadi wadah perpaduan dan kestabilan.

“Inilah masa terbaik untuk semua pihak duduk semeja dan mencari titik pertemuan, “ katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles