KOTA BELUD: Perbezaan ideologi politik tidak menjadi halangan para pemimpin pelbagai parti politik merayakan bersama sambutan Aidilfitri.
Hari ini, bekas Ketua Menteri Sabah yang juga Bendahari UMNO Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak meluangkan masa untuk mengunjungi majlis Santai Raya PKR Sabah di RNR dekat sini.
Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Adun Api-Api Datuk Christina Liew.
Berucqp pada majlis itu, Ketua PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud menyambut baik penganjuran majlis Santai Raya itu yang menurutnya boleh mengeratkan lagi hubungan rakyat pelbagai agama dan kaum di negeri ini.
Beliau gembira kerana majlis itu disambut dengan penuh semangat dan muhibah, sekali gus membantu mengukuhkan perpaduan.