SANDAKAN: Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Hj Nasir menyampaikan bantuan kepada 35 ketua keluarga mangsa kebakaran Kampung Batu Putih yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Taman PPR Batu Putih, pada Jumaat.
Suhaimi yang juga Ketua Penerangan UMNO Sabah berkata pihaknya melalui Pusat Khidmat Rakyat P184!Libaran telah menyalurkan bantuan tilam, bantal dan selimut pada hari pertama.
“Hari kedua telah menyampaikan bantuan susu kering dan pampers kepada kanak-kanak mangsa kebakaran.
“Pada masa sama, Pusat Khidmat Rakyat P184 Libaran turut menyampaikan kipas angin kepada seorang yang mengalami kecederaan dan kanak-kanak berumur 4 bulan,” katanya selepas menyampaikan bantuan hari ketiga, petang tadi.
Suhaimi turut meminta pihak berwajib agar menambah masa sehingga hari isnin pada mangsa-mangsa kebakaran menetap sementara di PPS Dewan Batu Putih.
“Saya menerima aduan mangsa kebakaran, pihak berwajib telah mengarahkan mereka agar keluar dari PPS pada tengahari Sabtu,” katanya.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mangsa kebakaran.