Perlindungan insuran: Kesungguhan kerajaan titik berat kebajikan rakyat – Victor

KOTA KINABALU: Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Tambunan, Dato’ Victor P. Paut menyifatkan pemberian perlindungan insurans percuma kepada rakyat Sabah membuktikan kesungguhan kerajaan Negeri dalam menitik berat kebajikan rakyat negeri ini.

Beliau berkata, ini merupakan satu lagi inisiatif kerajaan dalam membela kebajikan rakyat Sabah dan sudah pasti pengumuman ini merupakan berita gembira kepada rakyat Sabah khususnya golongan B40.

“Selaku Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tambunan, saya amat mengalu-alukan pengumuman ini. Ini membuktikan kerajaan yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersungguh-sungguh untuk membela kebajikan rakyat khususnya golongan B40,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Gagasan Rakyat Tambunan, di Dewan Masyarakat Tambunan pada Sabtu.

Beliau diminta mengulas pengumuan perlindungan insurans percuma menerusi skim ditawarkan syarikat insurans milik kerajaan Sabah yang memberi manfaat Kira-kira 3.5 juta penduduk tempatan negeri ini.

Perlindungan insurans itu diumumkan Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, selepas diluluskan pada mesyuarat Kabinet negeri Sabah.

Masidi berkata, skim insurans berkelompok itu ditawarkan menerusi Progressive Insurance Bhd dan diberi kepada penduduk yang layak, dan akan memberi manfaat kepada kira-kira 3.5 juta penduduk Sabah berusia antara satu bulan hingga 80 tahun secara automatik akan memperoleh insurans perlindungan diri secara percuma bernilai sehingga RM10,000, berserta faedah khairat kematian RM500.

Katanya, sebagai permulaan, skim perlindungan percuma ini adalah untuk tempoh tiga tahun mulai 1 Mei 2025 sehingga 30 April 2028.

Proses tuntutan insurans bagi skim itu akan dibuat dengan cekap yang mana sebarang tuntutan bayaran disalur kepada penerima dalam masa 14 hingga 30 hari selepas dokumen lengkap dikemukakan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles