Oleh: Anak Muda Tambunan
TAMBUNAN: Daerah Tambunan suatu ketika dulu terkenal sebagai gelanggang pejuang negeri Sabah yang digeruni iaitu mat salleh.
Dalam arena politik, Tambunan juga terkenal sebagai medan perjuangan politik bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan adiknya Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Kini muncul tokoh politik baharu yang disebut-sebut bakal menjadi pejyang rakyat Tambunan.
Tokoh muda itu ialah Dato’ Victor P Paut yang kini mengetuahi Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bahagian Tambunan.
Dalam landskap politik yang semakin matang, kehadiran pelbagai parti dan tokoh politik seharusnya disambut sebagai satu bentuk kekayaan demokrasi, bukannya dianggap sebagai ancaman.
Begitu juga dengan kemunculan Dato’ Victor P Paut melalui Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), yang kini menjadi suara baharu bagi rakyat Tambunan.
Sebagai seorang pemimpin yang lantang dan berjiwa rakyat, Dato’ Victor tidak hadir untuk melemahkan parti komponen lain dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Sebaliknya, beliau menyumbang kepada pengukuhan gabungan ini dengan menawarkan alternatif kepada rakyat — sesuatu yang selari dengan semangat demokrasi yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Hak rakyat untuk memilih pemimpin mereka sendiri adalah asas utama dalam sistem demokrasi berparlimen negara ini.
Sejak penglibatannya dalam politik, Dato’ Victor telah banyak membantu golongan kurang berkemampuan, khususnya mereka yang sering terpinggir daripada menerima bantuan kebajikan.
Pendekatannya yang mesra rakyat dan tidak memilih bulu menjadikan beliau sebagai pemimpin yang disenangi ramai.
Ramai penduduk Tambunan yang dahulunya tidak mendapat perhatian, kini terbela hasil inisiatif dan keprihatinan beliau.
Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat segelintir pihak yang melihat PGRS sebagai pesaing atau malah musuh.
Hakikatnya, PGRS tidak pernah memprovokasi mana-mana penyokong parti lain.
Malangnya, mereka sendiri yang sering menjadi mangsa provokasi serta tohmahan. Dalam sebuah negara demokrasi, perbezaan pandangan seharusnya diraikan, bukannya dijadikan alasan untuk menimbulkan permusuhan.
Apa yang perlu difahami ialah PGRS hadir bukan untuk memecah-belahkan, tetapi untuk membantu meringankan beban parti-parti komponen lain, khususnya dalam aspek kebajikan rakyat.
Dalam zaman di mana keperluan rakyat semakin mendesak, adalah tidak wajar untuk menyekat mana-mana pihak yang tampil untuk membantu.
Tambunan berhak mendapat pemimpin yang benar-benar bekerja dan bukan hanya muncul ketika musim pilihan raya. Rakyat Tambunan juga berhak untuk menyokong mana-mana pemimpin yang mereka yakini.
Dalam erti kata lain, kehadiran Dato’ Victor P Paut dan PGRS perlu dilihat sebagai satu nilai tambah dalam usaha membangunkan kawasan ini, bukan satu ancaman kepada kestabilan politik tempatan.
Sudah tiba masanya untuk politik bersaing secara matang dan sihat. Biarlah rakyat menjadi penentu, dan biarlah demokrasi terus subur di bumi Tambunan.