Bekas Pengurus Estet Gundohing Edward Kandok Dilantik Ketua Penyelaras KDM Dun Sook

KENINGAU: Bekas Pengurus Estet IG Plantation Gundohing Edward Kandok dilantik sebagai Ketua Penyelaras Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Dun Sook berkuatkuasa serta merta.

Penyerahan watikah pelantikan itu disenpurnakan Naib Presiden KDM Dr Oswald Aisat pada satu majlis ringkas di Kg Susulat Sook pada Rabu.

Turut hadir pada majlis itu ialah
Ketua Bahagian KDM Parlimen Pensiangan Gundohing Jeckreson Kilan, Ketua wanita KDM Pensiangan Puan Helda Jali dan Ketua Puteri Bahagian KDM Pensiangan Effani Edward.

Edward yang juga bekas Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sook berkata pelantikannya sebagai Ketua Penyelaras KDM Sook merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar untuk dilaksanakan.

“Ia memerlukan sokongan daripada semua pihak terutamanya pimpinan KDM di semua peringkat khsusnya di kawasan DUN Sook.

“Tanggungjawab ini bukan mudah tetapi saya yakin jika ada semangat kerja berpasukan yang tinggi, KDM mampu memberi cabaran yang kuat di DUN Sook pada PRN (Piilihan Raya Negeri)akan datang.” katanya selepas majlis penyerahan watikah pelantikan tersebut.

Menurut Edward, berdasarkan sokongan semakin meningkat kepada KDM yang kini diterajui pemimpin muda berkarisma Priscella Peter, KDM diyakini mampu melakukan kejutan di dua lagi kerusi DUN, dalam kawasan Parlimen Pensiangan iaitu DUN Tulid dan Nabawan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles