KOTA MARUDU: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah Zaidi Jatil, secara rasmi menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kota Marudu dalam pemilihan parti 2025 -2028 ini.
Keputusan ini diambil bagi memastikan PKR Kota Marudu terus kukuh sebagai wadah perjuangan rakyat, selari dengan matlamat memperkasa jentera parti serta memperkuatkan kesiapsiagaan menghadapi Pilihanraya Negeri Sabah ke-17.
“Kota Marudu adalah antara cabang yang teguh membawa panji reformasi di Sabah sejak awal perjuangan PKR. Dengan keanggotaan yang semakin berkembang, cabang ini mempunyai peranan penting dalam menentukan hala tuju politik di kawasan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Zaidi, fokus utamanya adalah memperkukuh organisasi cabang, menggerakkan program di peringkat akar umbi, serta memastikan parti kekal utuh dalam menghadapi cabaran politik mendatang.
Seiring dengan hasrat itu, Manifesto #157 telah dilancarkan semalam di Hotel Marudu Inn, Kota Marudu, menggariskan 1 Visi 5 Misi 7 Teras langkah strategik untuk memperkasakan cabang dan memperkukuh perpaduan dalam parti. Manifesto ini menekankan kepentingan memperkuat jentera parti, menolak politik wang, dan memastikan PKR Kota Marudu menjadi kuasa utama dalam PRN17 ini.
Saya yakin PKR Kota Marudu mampu bangkit lebih kuat. Saya menyeru seluruh anggota parti agar bersatu hati membina pasukan yang teguh dan bersedia membawa perubahan besar menjelang PRN-17 Sabah tambahnya.
Zaidi akan melawan 3 pencabar iaitu Sazalye Donol Abdullah (Setiausaha MPN Sabah merangkap Ketua Cabang Kota Marudu) En Jasmon Jaji dan Jolius Majawai.
Beliau juga berharap dengan Pengalamannya sebagai Ketua AMK Sabah dan Merupakan Pengerusi Persatuan Kebajikan Kesejahteraan Sabah serta Ahli Lembaga Pengarah Felcra Training & Consultancy Sdn. Bhd diberikan ruang dan kepercayaan oleh Anggota Parti dengan pengalaman yang ada sedikit ini saya akan berkhidmat sehabis baik jika diberikan mandat oleh Ahli parti nanti.