KTC taja shopping raya gema beliawanis meriahkan syawal kanak-kanak Asnaf dan Anak Yatim

PUTATAN: Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) dengan berbesar hati menaja program amal “Shopping Raya Gema Beliawanis” anjuran Beliawanis Gagasan Rakyat Sabah yang berlangsung di Servay Hypermarket, Putatan, pagi tadi.

Seramai 50 orang kanak-kanak daripada golongan asnaf dan anak yatim dari kawasan Petagas, Tanjung Aru dan Tanjung Keramat dibawa membeli pakaian raya bernilai RM200 setiap orang, sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Pengarah Eksekutif KTC, Datuk Dexter Lau, turut hadir memberi sokongan kepada program ini.

Beliau melahirkan rasa gembira melihat semangat para Beliawanis yang ceria dan komited menjayakan aktiviti bermakna ini demi kesejahteraan komuniti setempat.

Turut hadir memberi sokongan ialah Ketua Pergerakan Beliawanis Pusat, Emmie Datuk Martin Idang; Naib Ketua Pergerakan Beliawanis Pusat, Noorazmahirah Noorzain, barisan Exco Beliawanis Pusat, wakil-wakil Beliawanis dari Petagas, Tanjung Aru dan Tanjung Keramat, serta wakil KTC.

KTC terus komited melaksanakan tanggungjawab sosial korporat, terutamanya yang melibatkan golongan kurang berkemampuan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles