PBT disaran pantau harga sewaan tapak bazaar Ramadan – Jeffery Nor

KOTA KINABALU: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran memantau harga sewaan tapak bazaar ramadan di seluruh negeri Sabah.

Advertisements

Ketika membuat gesaan itu, Ketua UMNO Putatan Jeffery Nor Mohamed berkata langkah itu penting memandangkan terdapat makluman bahawa harga sewaan melonjak begitu tinggi akibat pelaksanaan diberikan kepada pihak kedua.

Beliau berkata pemantauan perlu dilakukan agar tapak-tapak sewaan tidak disewakan lagi kepada pihak yang ketiga.

“Seperti sedia maklum ramai di antara peniaga-peniaga bazaar ramadan ini bukanlah peniaga-peniaga tetap mereka usaha untuk mencari tambahan pendapatan bagi menampung perbelanjaan sambutan hari raya.

“Usaha-usaha bersifat ‘membantu’ perlu ada pada jiwa di setiap PBT berhubung dengan peniaga-peniaga bazaar ramadan ini bukan waktu yang difikirkan sesuai untuk mengaut keuntungan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jeffery yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah berkata harga sewaan mesti bersifat adil kepda semua peniaga dan difikirkan ‘harga patut’ agar tidak membebankan peniaga-peniaga untuk mencari modal berniaga bazaar.

“Inilah waktu yang sesuai apa lagi kita sama-sama menyambut bulan ramadan dengan mengamalkan konsep ‘membantu’ agar peniaga-peniaga bazaar boleh mendapat pendapatan sampingan dalam sebulan berpuasa dan tidak dibebankan dengqn sewaan yang tinggi,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles