PAPAR: Pemandu lori dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, selain denda RM50,000 dan hilang kelayakan memandu 2 tahun selepas disabitkan kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah hingga menyebabkan kematian seorang lelaki, tiga tahun lalu.
Hukuman diputuskan Majistret Abdurrahman Abrar Jani terhadap Terry Jomison, 33, di akhir kes pembelaan hari ini selepas meneliti secara maksimum keterangan saksi bersama hujahan kedua-dua pihak, selain rayuan dan pemberatan.
Berdasarkan pertuduhan, Terry didakwa memandu lori di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kemalangan dan kematian Lulin Atiu di Jalan Padawan-Pekan Papar pada 20 September 2023 pada jam 9 pagi.
Dia dituduh mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) dan boleh dihukum mengikut akta sama.
Pendakwaan kes dijalankan Insp Elddie Johari.