Parti PERPADUAN mahu JPS timbus sungai dikorek dapatkan batu pasir di KB

KOTA BELUD: Presiden Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN) Gundohing Jack Giau mahu Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah (JPS) menimbus kembali tebing sungai yang “didalamkan” oleh syarikat pelombong batu pasir.

Advertisements

Beliau berkata berdasarkan pemantauan kawasan tertentu di sungai Kadamaian, kedalaman tebing sungai dikatakan mencecah 12 kaki dan amat merbahaya kepada mereka yang tidak pandai berenang.

Jack berkata difahamkan syarikat yang mendapat konsesi sebalum ini dipercayai melaksanakan kegiatan mengorek batu pasir tanpa tmengikut peraturan SOP yang ditetapkan.

“Nampaknya syarikat konsesi berkenaan melakukan kerja-kerja mengorek sesuka hati.

“Saya pernah membantah kerja-kerja pengorekan ini tahun lalu iaitu 27 Jun 2024 di mana saya menjemput pembantu Menteri Pertanian Sabah Datuk Peto Galim untuk  melawat kawasan tersebut.

“Dalam sesi dialog yang diadakan, pembantu Menteri meminta agar aktiviti baru korek batu pasir dihentikan memandangkan konsesi telah pun tamat atau dibatalkan pada Dis 2023.

“Saya juga pernah meminta penjelasan Jurutera JPS dan diberitahu bahawa JPS tidak pernah dimaklumkan mengenai kelulusan korek sungai selapas Dis 2023,”
katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jack berkata demikian susulan kes malang terbaharu yang menyaksikan
seorang pelajar perempuan tingkatan 4 berumur 16 tahun dipercayai  lemas semasa mandi manda kira-kira 3.30 petang Ahad.

Usaha mencari dan menyelamat telah dilancarkan pada petang Ahad dan setakat ini, mangsa masih belum dijumpai, dan gerakan mencari dan menyelamat akan diteruskan pada Isnin.

Menurutnya PERPADUAN memandang serius kejadian itu kerana jarak kemalangan berlaku hanya 500m dari rumah Presiden PERPADUAN.  

“Saya mohon agar pihak berwajib segera bertindak untuk menimbus dan memperbaiki tebing-tebing Sungai yang rosak sepanjang 1km dari kampung Piasau hingga ke kampung Rangalau.

“Ini kerana tebing Sungai di kawasan tersebut rosak teruk dan banyak tanah orang kampung runtuh, kerana dikorek tidak mengikut SOP.

“Saya juga mencadangkan agar kedua-dua pihak kampung  iaitu kampung Pirasan dan Kampung Piasau memasangkan tanda amaran, terutama kedalaman Sungai tersebut agar pengunjung serba mengetahui situasi sebenar kedalaman sungai di kawasan tersebut,” katanya.

Oleh itu, Jack merayu kerajaan GRS supaya tidak lagi mengeluarkan sebarang kelulusan korek batu pasir di kawasan itu demi kebaikan dan keselamatan semua pihak .

Related Articles

253FansLike

Latest Articles