PAPAR: Pelancaran projek Kinarut Palm City merupakan salah satu projek penting oleh WSG Group sebagai komitmen syarikat itu menyumbang ke arah transformasi daerah ini sebagai hab pelancongan baharu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarah Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, WSG Group telah banyak menyumbang pembangunan di Papar membolehkan daerah ini muncul sebagai destinasi pelancongan yang mapan, menyumbang kepada ekonomi negeri Sabah serta meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat.
“Justeru, pelancaran projek ini bukan sahaja akan merangsang pembangunan sektor peruncitan tetapi turut membawa impak ekonomi yang besar kepada penduduk setempat,” katanya.
“Saya bagi mewakili semua rakyat Papar ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada WSG Group kerana kehadiran mereka di Papar ini bukanlah baru tetapi sejak sekian lama,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pelancaran dan pecah tanah projek komersial Kinarut Palm City di sini, hari ini.
Armizan berkata, kehadiran pembangunan yang telah dibawa WSG Group ke Papar telah menjadi sebahagian besar daripada perubahan kepada landskap pembangunan di kawasan Papar.
“Sesungguhnya kita amat menghargai dan kita mengharapkan supaya bukan hanya projek Kinarut Palm City ini kita tahu, WSG Group ada lagi tanah-tanah lain di kawasan Papar ini, kita mengalu-alukan untuk pembangunan berterusan dilaksanakan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan WSG Group Datuk Susan Wong Siew Guen berkata, Armizan sentiasa menyayangi dan mengambil berat tentang keperluan pembangunan Papar untuk dinikmati penduduk Daerah ini.
Beliau (Armizan) adalah seorang pemimpin baik yang berdedikasi dan amat disayangi oleh rakyat dan masyarakat Papar. Justeru, kehadiran anda di sini hari ini telah menjadikan acara pelancaran projek kami bermakna dan tidak dapat dilupakan,” katanya.
Susan berkata, Armizan juga telah banyak menyelesaikan masalah laluan masuk (Bandar Sawit Kinarut). Dan ini telah menjadikan Impian kami menjadi kenyataan untuk majlis pelancaran Kinarut Palm City hari ini,” katanya.
Projek Kinarut Palm City terdiri daripada 65 unit lot kedai yang merangkumi 54 unit lot kedai dua tingkat, 10 unit lot kedai tiga tingkat, dan satu unit lot komersial satu tingkat.
Kinarut Palm City dikelilingi oleh lebih 600 unit rumah teres siap Taman Sungai Wang dan Rose Garden bersama-sama. Juga bersebelahan ialah mempunyai lebih daripada 70 unit lot kedai yang telah siap di “Pusat Komersial Dataran Palm Kinarut” dengan “KFC”, “Mr. DIY”, “G-Mart”, “MWA SHAKES Café” dan “Pasar Raya Golden Dragon City”.
Is juga berdekatan “Kondominium The Palm” dengan lebih daripada 500 unit kondominium kediaman yang telah siap.
Majlis itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang Datuk Gulam Khan Haidarkhan Bahadar, ADUN Limbahau Datuk Juil Nuatim dan Presiden Majlis Jaksa-Jaksa Pendamai Sabah Datuk Seri Panglima Dr. Clarence Bongkos Malakun dan isteri Datin Seri Panglima Sylvia Wong Malakun.