KDM dijangka mencalonkan ‘bekas profesor bersekutu’ di kubu kuat PBS Tamparuli

TUARAN: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) diwar-warkan akan meletakkan bekas profesor madya sebagai calon di kawasan Dewan Undangan Negeri Tamparuli, yang merupakan kubu kuat PBS, menurut sumber parti.

Advertisements

Bagaimanapun, sumber tersebut tidak memberikan butiran khusus, tetapi parti berharap tokok pendidik itu dapat melakukan kejutan di Tamparuli, kubu kuat PBS sejak 1985 dan dilihat sebagai “hampir mustahil” untuk ditawan.

Hampir empat dekad, Tamparuli secara konsisten menjadi kubu kuat PBS, kecuali pada pilihan raya negeri 2013 apabila parti tempatan, di bawah kepimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, tewas kepada bekas timbalan presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Bumburing, yang bertanding atas tiket PKR.

Dalam pilihan raya negeri 2020, penyandang Datuk Jahid Jahim berjaya mengekalkan kerusi tersebut dengan memperoleh majoriti yang signifikan sebanyak 3,517 undi. Jahid memperoleh s 6,843 undi, mengetepikan pesaing terdekatnya, Alius Sipil dari PKR.

Sementara itu, KDM Tamparuli telah mengorak langkah, memulakan persiapan pilihan raya dengan menganjurkan Program Santai Bersama KDM di sini pada Ahad lalu, sebagai persediaan untuk menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

Semasa program santai itu, naib presiden KDM, Dr. Gaim James Lunkapis telah memberikan kata-kata semangat kepada penyokong di Tamparuli dengan menekankan bahawa rakyat Sabah kini mengidam perubahan.

“Secara amnya, rakyat mahu penyelesaian yang jitu dan konkrit kepada isu-isu kritikal seperti bekalan air dan elektrik, serta penambahbaikan infrastruktur asas.

“Namun, seperti yang selalu pemimpin ingatkan, jika inginkan perubahan, rakyat mesti mengundi untuk menjayakan perubahan yang lebih baik,” katanya.

Turut hadi pada majlis itu ialah Timbalan Presiden KDM, Dr. Oswald Aisat.

Dr. Gaim mengulangi komitmen KDM untuk merealisasikan matlamat yang digariskan dalam manifesto parti, di mana sembilan komitmen telah diumumkan setakat ini.

Antara janji terbaharu adalah bantuan kewangan sebanyak RM300 selama enam bulan kepada graduan baharu dan pembayaran sekali sebanyak RM500 setiap tahun untuk ibu tunggal.

Penerangan gambar:

Naib presiden KDM, Dr. Gaim James Lunkapis (tengah) menyampaikan ucapan pada majlis Santai Bersama KDM di Dun Tamparuli

Related Articles

253FansLike

Latest Articles