GASTS tekad laksana beberapa inisiatif bantu bela nasib artis tempatan – Sitim

KOTA KINABALU: Persatuan Gabungan Artis Seni Tempatan Sabah (GASTS) bertekad untuk melaksanakan beberapa inisiatif bagi membantu membela nasib dan kebajikan para artis tempatan di negeri ini.

Presiden GASTS Sitim Bandaron berkata
ini termasuk mengadakan bengkel muzik tradisi dan segala yang berkaitan dengan seni selain membantu mempromosi artis-artis tempatan di seluruh negeri ini.

“GASTS tidak berhasrat bersaing dengan persatuan-persatuan artis dan seni sedia ada, namun kami menaruh harapan agar dapat menggabungkan tenaga para artis tempatan bagi meneruskan perjuangan dalam dunia seni hiburan, termasuk menjaga kepentingan artis dan penyanyi terutama dari komuniti KDM,” katanya.

Sitim berkata demikian ketika berucap sempena majlis pelancaran GASTS di Inanam baru-baru ini.

Turut diadakan sempena majlis pelancaran GASTS itu ialah persembahan nyanyian arti-artis tempatan dan sesi suaikenal.

Sitim berkata sambutan terhadap persatuan yang baharu didaftarkan oleh RO itu amat menggalakkan dengan jumlah ahli keseluruhan mencecah 150 orang.

Sitim yakin lebih ramai arti dan penyanyi tempatan yang akan menyertai persatuan itu pada masa depan.

Katanya keahlian persatuan tersebut terbuka kepada mereka yang berumur 12 tahun ke atas.

Sitim berkata mereka yang berminat menjadi ahli GASTS boleh menghubunginya di nombor 011-10785732.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles