Jeffery Nor saran siasatan penuh dilakukan ke atas syarikat SMM dan vedio tular

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah Jeffery Nor Mohamed menyarankan agar siasatan penuh dilakukan ke atas syarikat Sabah Mineral Management (SMM) Sdn. Bhd bagi memastikan tatakelola pengurusan syarikat itu teratur atau sebaliknya.

Ketika membuat gesaan itu, beliau berkata ini penting kerana hasil galian Negeri Sabah melibatkan kepentingan rakyat di negeri ini.

Tambahan pula, katanya terdapat beberapa klip video tular yang mendakwa beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah terlibat dalam rasuah yang turut mengaitkan SMM.

Jeffery yang juga Ketua UMNO Putatan turut mengesyorkan supaya penyata audit SMM dibentangkan kepada umum, sekali gus mengembalikan keyakinan rakyat Sabah terhadap syarikat galian itu.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Susulan kemelut yang berlaku di SMM, Jeffery menyarankan agar pertimbangan yang wajar oleh Ketua Menteri Sabah supaya berkecuali atau mengundur diri bagi memberi keyakinan kepada rakyat Sabah tentang ketelusan dalam siasatan ke atas SMM.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles