KDM terus mengorak langkah, ribuan hadir siri jelajah di Kudat

KUDAT: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) kini semakin rancak mengorak langkah menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17), kali ini, kawasan Parlimen Kudat menjadi destinasi jelajah mereka.

Advertisements

Selepas beberapa kawasan termasuk Kundasang, Bingkor, Papar, Moyog dan Kadamaian, siri jelajah di Pitas, hari ini, dihadiri ribuan orang.

Majlis itu dilancarkan oleh Presiden KDM, Datuk Peter Anthony dengan turut dihadiri Timbalannya, Datuk Wetrom Bahanda serta Pimpinan Tertinggi parti itu.

KDM Bahagian Kudat diketuai Richard Mazagi yang juga Penyalaras bagi kawasan (Dewan Undangan Negeri) DUN Bengkoka manakala Timbalannya, Abdul Hamid merupakan Penyelaras bagi kawasan DUN Pitas.

Peter dalam ucapannya berkata, kehadiran ribuan orang pada majlis itu membuktikan KDM semakin diterima oleh rakyat Sabah walaupun dianggap sebagai parti kerdil.

Katanya, semakin banyak permintaan agar parti itu mengembangkan sayap mereka termasuk di kawasan bukan majoriti Kadazan Dusun dan Murut (KDM) serta kawasan campuran.

“Ya memang betul kita dianggap parti kerdil, tapi semakin banyak permintaan untuk kita kembangkan sayap termasuk di kawasan-kawasan bukan majoriti KDM.

“KDM atau Kesejahteraan Demokratik Masyarakat adalah parti berbilang kaum dan oleh sebab itu semakin ramai yang datang dari pelbagai kaum serta latar belakang menyatakan minat untuk berjuang bersama-sama kita,” katanya.

Peter turut sekali lagi menegaskan yang parti itu akan bergerak solo pada PRN17 nanti dan sasaran untuk bertanding lebih 30 kerusi mungkin akan bertambah.

Katanya, paratusan parti itu untuk memenangi kawasan yang disasarkan juga semakin meningkat berdasarkan sambutan yang diterima dan kerja keras oleh setiap bahagian.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles