Persatuan Tiktoker Sabah sokong kerajaan Sabah diberi kuasa urus pendaftaran semula MyKad

KOTA KINABALU: Cadangan bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak agar semua penduduk asal Sabah mendaftar semula MyKad yang dikendalikan oleh kerajaan Sabah mendapat sokongan menyeluruh.

Terbaharu Persatuan Media Tiktoker Sabah menyambut baik lontaran idea itu, sambil menyifatkan pemikiran di luar kotak tersebut sebagai langkah bijak yang wajar diperjuangkan.

Presidennya Pak Aziz Bilin berkata sebelum ini pelbagai cara dan strategi dilaksanakan bagi menangani isu projek IC guna dokumen Surat Akuan Bersumpah dan kebanjiran pendatang asing di Sabah tetapi masalah itu masih berlarutan.

“Maka apa salahnya kita mencuba pendekatan yang baharu dengan idea di luar kotak iaitu menerusi pendaftaran semula MyKad yang dikendalikan oleh kerajaan Sabah sendiri.

“Sebab itu, anggota persatuan tiktoker Sabah menyokong penuh cadangan Salleh. Kami percaya orang Sabah lebih sesuai serta lebih memahami budaya dan asal usul penduduk yang berada di Sabah,” katanya sambil menegaskan bahawa jumlah penduduk Sabah kini sudah menjangkau hampir empat juta orang.

Pak Aziz berkata rata-rata rakyat di negeri ini khuatir dengan peningkatan mendadak penduduk Sabah itu yang menurut mereka boleh menjejaskan kepentingan rakyat tempatan pada masa depan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles