Jeffery Nor persoal siapa pemimpin gemar buat eksperimen politik di Sabah

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah Jeffery Nor Mohamed mempersoalkan siapa sebenarnya yang gemar membuat eksperimen politik di Sabah, dari UMNO berpaling tadah ke Bersatu atau Perikatan Nasional dan melompat ke GRS dan kini di Parti Gagasan Rakyat Sabah.

Beliau menegaskan bahawa isu utama di Sabah bukannya makmal, sebaliknya isu utama yang membebani rakyat ialah masalah air, elektrik dan lain-lain termasuk infrastruktur asas.

“Jika ada pemimpin sebegini lama (asal dari UMNO) hanya mempertikaikan isu perkataan, maknanya rugi untuk rakyat Sabah.

“Masalah yang harus diutarakan bagaimana menyelesaikan isu-isu tersebut dan bagaimana isu kemiskinan dapatkan diselesaikan secara tuntas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jeffery yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan berharap rakyat Sabah bijak berfikir @apa yang kita sama lalui semasa pemerintahan mereka kita sama-samq menghadapi isu infrastruktur yang semangkin tiada penghujungnya”.

“Misalnya anak-anak muda kita terpaksa keluar negeri untukbmencari peluang-peluang perkerjaan.

“Tak perlu pertikaikan apa-apa selagi kita sendiri masih belum punya pendirian yg tetap, saya rasa lepas ni mereka akan bereksperimen lagi,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Presiden PGRS, Datuk Seri Masidi Manjun berkata
Sabah bukanlah negeri yang wajar dijadikan medan uji atau makmal dalam sebarang eksperimen politik.

Masidi berkata negeri ini tidak mampu lagi menangung kerugian susulan eksperimen politik di luar seperti mana formula penggiliran Ketua Menteri yang pernah dipraktikkan ketika Barisan Nasional (BN) memerintah suatu ketika dahulu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles