PUTATAN: Ketua Umno bahagian Putatan Jeffery Nor Mohamed menyifatkan pengumuman secara terbuka Ketua Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin yang mengumumkan nama beliau sebagai calon UMNO/BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 akan datang merupakan satu cabaran ,amanah serta tanggungjawab yang perlu digalas .
Sambil mengakui beliau terkejut dengan pengumuman tersebut yang pada jangkaannya masih terlalu awal ,sebelum DUN Sabah dibubarkan ,namun beliau menghormati keyakinan Bung sebagai pemimpin utama Umno Sabah yang memberikan kepercayaan kepada beliau menggalas tanggungjawab tersebut.
“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, bukan soal calon, tercalon atau sebaliknya matalamat utama kita ialah memulihkan imej Umno khususnya dibahagian ini yang mana sebelum ini diwakili oleh Umno namun kepercayaan rakyat (pengundi) telah dikhianti oleh pemimpin yang telah diberikan amanah oleh parti” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program santai bersama Belia serta ahli-ahli baru Umno cawangan Kampung Pasar Puteh dekat sini kemarin.
Jeffery yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya Umno Sabah berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Bung ,yang beliau adalah calon Umno/BN bagi DUN Tanjung Keramat pada PRN Ke-17 akan datang.
Bung yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno semasa merasmikan program Gerak 17 Umno bahagian Putatan baru-baru ini ,telah mengumumkan secara rasmi nama Jeefrey Nor sebagai calon UMNO/BN untuk kerusi DUN Tanjung Keramat pada PRN Ke-17 akan datang dan merupakan nama calon pertama yang diumumkan secara terbuka sebelum DUN Sabah dibubarkan.
Mengakui ini satu amanah serta tanggunjawab besar yang perlu dipikul ,Jeffery berkata beliau tidak mampu memikul tanggungjawab tersebut tanpa adanya sokongan dari semua pihak kepimpinan bahagian,sayap-sayap parti Wanita, Pemuda, Puteri, ketua-ketua cawangan malah pemimpin diperingkat akar umbi.
“Ini merupakan satu cabaran, dan saya yakin tanpa sokongan serta kerjasama dalam semangat bekerja satu pasukan amanah serta tanggungjawab ini sukar dilunaskan, justeru bagi memenuhi harapan pemimpin atasan, saya berharap semua jentera dan ahli parti perlu berkerja keras secara berjemaah bagi memulihkan imej Umno dan merampas kembali kawasan ini pada PRN Ke-17 akan datang” katanya