Sabah Big Biker rancang peluaskan program ‘Festival Permotoran’ sebagai produk pelancongan terbaharu di Sabah – Osman Ahmed

KOTA KINABALU : Sabah Big Biker Association kini merancang untuk memperluaskan lagi program serta aktiviti Permotoran Motosikal Berkuasa Tinggi sebagai salah satu produk tarikan pelancongan terbaharu di negeri Sabah.

Advertisements

Presiden Sabah Big Biker Association, Datuk Osman Ahmed berkata, faktor keindahan alam semulajadi serta lokasi pelancongan menarik merupakan antara tarikan pengemar motosikal berkuasa tinggi melibatkan kepulauan borneo termasuk Negara Brunei Darussalam serta Indonesia untuk menyertainya pada masa depan.

Katanya, pihaknya sudah merancang pelbagai aktiviti permotoran ini untuk dilaksanakan dalam tempoh terdekat sekiranya keadaan jalan Utama Pan Borneo dapat disiapkan dalam tempoh terdekat.

“Kita menerima sebanyak 1,150 pendaftaran, membabitkan 500 pemilik motosikal menyertai Festival Pemotoran Berkuasa Besar Antarabangsa Pulau Borneo (BIIBBF) kali ke-22 diadakan Kota Kinabalu, Sabah.

“Festival ini lebih bersikap kepada mewujudkan hubungan silaturahim dalam kalangan pemilik motor besar di seluruh kepulauan borneo. Pada kali ini kita menerima penyertaan daripada Negara India, Singapura, Indonesia serta Brunei Darussalam,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama Osman menjelaskan terdapat juga lima pemilik motosikal besar mendakwa mengalami kerosakan jentera termasuk tayar serta rim pecah akibat keadaan jalan raya tidak sempurna terutama membabitkan kawasan laluan daerah Sindumin sehingga Papar.

“Terdapat juga seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi mengalami kecederaan ketika bersiar-siar di daerah Kundasang Ranau semalam, sebelum menghadiri program pada hari ini.

“Namun ini merupakan pengalaman berharga kepada pemilik motosikal berkuasa tinggi kerana objektif ditekankan dalam Festival ini adalah ingin bersilaturahim serta ingin bersama-sama menjayakan program BIIBBF di negeri ini,” jelas Osman.

Menurutnya, pada pagi ini sebanyak 300 motosikal akan berkonvoi ‘City Ride’ bermula dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), sejauh 20 kilometer menuju ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) seterusnya ke Pusat Beli Belah 1Borneo kemudian melalui Jalan Lintas Kota Kinabalu serta ke daerah Penampang sebelum berpatah balik kembali ke SICC.

“Konsep festival dalam sukan pemotoran berkuasa tinggi ini adalah lebih menentingkan kepada faktor keselamatan serta sangat mengutamakan kepada disiplin yang tinggi dalam kalangan peserta.

“Selalu sebagai badan persatuan yang besar di Sabah kita akan mencadangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk mengalu-alukan penyertaan belia untuk bersama-sama menghayati apa itu konsep sukan permotoran untuk keselamatan kita bersama-sama,” kata Osman.

Beliau berkata, ini termasuk mewujudkan ruang kerjasama antara pemilik motosikal berkuasa rendah untuk mengelak mereka terjebak dalam kegiatan tidak bermoral termasuk ‘Mat Rempit serta menunggang secara berbahaya di atas jalan raya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles