BEAUFORT: Belanjawan 2025 yang akan dibentang oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim esok (jumaat) diharap dapat memberikan tumpuan kepada pembangunan sumber manusia khususnya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
Pengerusi Lembaga Penasihat Giat MARA Parlimen Beaufort Datuk Awang Aslee Lakat berkata pemerkesaan golongan belia melalui (TVET) sangat penting bagi memastikan masyarakat terutamanya golongan muda dapat maju seiring dengan perkembangan teknologi dan pemodenan negara. .
“Kita harap kerajaan dapat memperbanyakkan lagi program motivasi dan pendidikan kemahiran kepada generasi muda dalam meningkatkan kualiti hidup mereka disamping membuka peluang baharu untuk mereka meningkatkan taraf siso ekonomi melalui perniagaan selepas menamatkan latihan, sesuai dengan bidang kemahiran yang mereka sertai” katanya ketika ditemui di sini selepas menerima kunjungan Pasukan JUARA Umno Sabah bagi ZON 3 di Pejabat Umno bahagian Beaufort kemarin.
Rombongan JUARA Umno Sabah tersebut diketuai oleh Ketua Umno Bahagian Kota Kinabalu Hajah Musliati Moslimin, Ketua Umno bahagian Kota Belud Azuwan Majuan Marzan dan turut dihadiri oleh Naib Ketua Umno bahagian Mohd Rashid Mathon,Setiausaha Umno Bahagian Abdul Rahman Taib ,Ketua Wanita Juriffah Safflie dan Ketua puteri Munira Sarrie
Awang Aslee yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort berkata demikian ketika ditanya mengenai harapan beliau dan rakyat di negeri ini terhadap Bajet 2025.
Menurut Awang Aslee (TVET) bukan lagi pilihan kedua bagi para pelajar lepasan SPM yang kurang bernasib baik untuk melanjutkan pengajian mereka ke institusi pengajian tinggi dimana melalui (TVET) golongan muda berpeluang memperolehi pekerjaan berasaskan kemahiran atau bekerja sendiri untuk menjana pendapatan selepas mereka keluar dari Latihan.
Beliau berkata graduan dalam aliran TVET kini, mempunyai potensi besar menjadi tenaga mahir negara dalam pelbagai bidang, yang mampu menjanjikan pendapatan dan taraf kehidupan lebih baik untuk masa hadapan justeru ianya perlu diperkasakan selari dengan keperluan semasa.
Dalam hubungan ini Awang Aslee berkata dalam Bajet 2025 ini kerajaan perlu menambah dana tabung pembangunan kemahiran untuk akses orang muda menceburi program (TVET)
“ Penambahabaikan kemudahan asas, alatan Latihan juga perlu diberikan peruntukan di pusat-pusat Latihan seperti di pusat Giat Mara ,Institut Latihan Perindustarian dan sebagainya “ katanya.