SANDAKAN: Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Haji Nasir menggariskan beberapa lagi kegagalan pentadbiran Ketua Menteri Sabah dan Kerajaan GRS.
Ahli Parlimen Libaran itu menyatakan kerajaan GRS membelakangkan hak rakyat Sabah dimana kontroversi isu 40% hasil Sabah apabila peguam lantikan Kerajaan GRS sebelum ini iaitu Tengku Fuad menyatakan di makhamah bahawa tuntutan 40% hasil daripada Kerajaan Persekutuan kepada Sabah bukanlah āhakā tetapi lebih kepada āaspirasiā.
āSedangkan pembayaran 40% merupakan hak mutlak Sabah. Tindakan peguam lantikan Kerajaan GRS ini adalah dosa terbesar YAB Ketua Menteri Hajiji dan Kerajaan GRS kepada Sabah dan rakyatnya.
āIni kerana kenyataan peguam Tengku Fuad melemahkan perjuangan Sabah untuk mendapatkan hak hasil cukai yang dijanjikan,ā katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata cadangan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin untuk melantik pentaksir bebas dalam isu 40% bukanlah bersifat politik tetapi untuk memastikan ketelusan, keadilan dan ketepatan dalam pengiraan jumlah yang sepatutnya diterima oleh Sabah.
āCadangan ini mampu mengelakkan konflik kepentingan dan memperkukuh keyakinan rakyat Sabah,ā jelasnya.
Suhaimi memberitahu kedua adalah kegagalan mengutamakan kepentingan infra rakyat.
āKenyataan media rasmi Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia bahawa Kerajaan GRS Sabah akan menyumbang RM100 juta bagi penganjuran bersama Sukan SEA menimbulkan lebih banyak keresahan dan kemarahan rakyat Sabah.
āIa tambah mengelirukan apabila Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Kewangan Sabah berkata Kerajaan Sabah tidak pernah membuat sebarang komitmen kewangan bagi penganjuran bersama temasya Sukan SEA 2027,ā katanya.
Beliau bertanya adakah DSP Masidi mengatakan Hannah Yeoh, seorang penipu? Atau tidak ada persefahaman dikalangan Menteri kabinet Sabah sehingga ada yang telah memberi komitmen secara sembunyi dan mendahului keputusan Kabinet Sabah?..
āJelas Kerajaan GRS tidak mengetahui apa yang sebenarnya yang patut didahulu dan diutamakan.
āAdalah lebih baik Kerajaan GRS mengutamakan serta fokus infrastruktur rakyat Sabah seperti Kompleks Sukan Kota Marudu yang sudah tiga tahun tergendala. Manfaat dirasa terus oleh rakyat Sabah sendiri,ā tegasnya.
Suhaimi berkata kegagalan ketiga iaitu pengurusan sumber Hutan dan kelestarian alam sekitar.
āIsu Sabah Forest Industries (SFI) adalah contoh terdekat kepada kegagalan ini.
āPerkara ini menimbulkan pelbagai reaksi negatif kepada Sabah berkaitan kelestarian alam, masalah pekerjaan dan hak pemilikan tanah,ā katanya.
Sehingga kini, beliau berkata Kerajaan GRS tidak ada solusi jelas, telus dan komprehensif sehingga terus mencetuskan ketidakpuasan hati rakyat Sabah.
āKurangnya ketelusan untuk memberikan satu solusi bagi memulihkan SFI menimbulkan lagi keraguan terhadap kemampuan Kerajaan GRS,ā katanya.
Suhaimi berkata kegagalan keempat iaitu kadar pengangguran yang tinggi.
āPengangguran belia dan anak muda masih berada di tahap yang membimbangkan. Ini memberi impak yang besar kepada kepada aspek ekonomi dan kesejahteraan sosial.
āWalaupun terdapat banyak pengumuman mengenai potensi pelaburan dari luar negara, realitinya, banyak pelaburan ini hanya retorik dan tidak dapat direalisasikan,ā katanya.
Beliau berkata Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya yang dicanang-canang oleh Ketua Menteri dan Kerajaan GRS gagal menyediakan pelan strategik ekonomi yang mampan bagi jangka panjang.
āKegagalan-kegagalan berterusan ini membuktikan kelemahan kepimpinan YAB Ketua Menteri Hajiji dan GRS dalam memajukan Sabah,ā katanya.
