Oleh Yussof J. Imbang
TONGOD; Rayuan rasmi membina jalan raya menghubungkan Kampung Kenang-Kenangan ke Desa Permai telah dikemukakan bagi membolehkan projek mendesak itu disenaraikan semula dalam rolling plan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah kertas kerja kajian separuh penggal telah dikemukakan kepada kerajaan negeri melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah pada April membolehkan cadangan projek itu disenarikan semula oleh Kementerian Kewangan Persekutuan.
” Kita kemukakan rayuan rasmi memandangkan akses perhubungan jalan raya tersebut amat mendesak kerana ia satu-satunya cadangan penting diusulkan sejak saya menjadi Wakil Rakyat pada tahun 2008.
Masiung ditemui selepas merasmikan majlis kesyukuran PRN-16 dan sambutan Hari Raya Aidilhadha di Kampung Kuamut,.
Masiung menegaskan, cadangan jalan raya sejauh 50 kilometer menelan belanja RM350 juta itu menjadi keutamaan dalam kajian separuh penggal supaya dapat dilaksanakan sebagai projek mendesak pada RMK-13.
” Saya telah bekerja keras memperjuangkan jalan raya itu sejak menjadi Wakil Rakyat selama lima penggal kerana melihat keperluan itu amat menghimpit kehidupan penduduk di Mukim Kuamut sejak lebih 60 tahun.
” Saya bersimpati kerana lebih 2,500 penduduk lima buah kampung di kawasan itu terpaksa membayar bot tambang antara RM500 hingga RM700 dan terpaksa mengambil masa 5 hingga 7 jam untuk berurusan ke Pekan Tongod dan Bukit Garam atau Kinabatangan, ” tambanya.
Beliau berharap, kerajaan Persekutuan menyenarai semula cadangan tersebut menerusi Rolling Plan di bawah RMK-13 memandangkan penduduk di kawasan itu tidak pernah menikmati kemudahan jalan raya sejak mencapai Kemerdekaan.
Masiung berazam mengakhiri derma penantian jalan raya kepada penduduk di kawasan itu yang sudah melalui selama enam dekat.
” Pada awalnya saya terkajut kerana cadangan projek itu tidak tersenarai dalam data RMK-13 bermula awal tahun ini walaupun telah berkali-kali diusulkan melalui Dewan Undangan Negeri.
” Kerana itu saya mendesak kepada kerajaan agar jalan Kenang-Kenangan – Desa Permai disenarai semula untuk pelaksanaan menerusi Rolling Plan RMK-13, ” tegasnya.
Menurut Masiung cadangan rangkaian jalan raya itu bermula dari Kampung Kenang-kenangan merentasi Tulang-Tulang, Tangkuyan, Desa Permai hingga ke Kuala Kuamut dan Tongkong.
Tambahnya, apabila penduduk di Mukim Kuamut menghadapi musibah terutama sakit tenat atau bersalin mereka terpaksa mengambil masa antara 5 hinga 7 jam untuk sampai ke hospital Tongod atau Bukit Garam dengan menaiki
