Golongan muda diseru tingkatkan potensi diri – Salleh

KOTA BELUD: Golongan muda perlu berusaha meningkatkan kemahiran diri, inovasi, dan kebolehan berfikir secara kritis, kata Adun Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata langkah itu penting memandangkqn dunia kini semakin global dan kompleks yang memerlukan pemantapan daripada segi daya saing.

Dalam hal ini, Salleh yang juga bekas Ketua Menteri berkata Sabah memerlukan anak-anak muda yang bukan sahaja cerdik, tetapi juga mampu menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan masyarakat.
 
Sesuai dengan semangat “Sepakat Sabah Hebat”, beliau menekankan betapa pentingnya rakyat, termasuk guru-guru dan ibu bapa bersatu dalam mendidik dan membentuk generasi masa depan yang lebih hebat.

“Kesepakatan antara ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat keseluruhannya akan menghasilkan pelajar yang bukan sahaja berjaya dalam akademik, tetapi juga berjiwa besar—anak-anak yang akan menjadi pemimpin dan peneraju masa depan Sabah yang gemilang,” katanya.

Salleh berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Usukan bagi tahun 2023/2024, hari ini.

Turut hadir Pengetua SMK Usukan Hajral Bin Hj Sekal.

Salleh berkata kejayaan pelajar terbabit tidak mungkin dicapai tanpa pengorbanan dan sokongan semua.

“Ibu bapa adalah tunjang utama yang mendidik anak-anak di rumah, sementara guru-guru adalah pelengkap dalam memberikan ilmu di sekolah.

“Kesepaduan antara rumah dan sekolah inilah yang menjadikan anak-anak kita cemerlang dalam semua aspek kehidupan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles