KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat (GRS) Datuk Masiung Bana diingatkan agar tidak berlagak terlalu suci dengan mengaitkan kejatuhan parti Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum Ke 14 sebagai satu contoh dan ingatan kepada ahli-ahli GRS untuk bangkit memenangi Pilihanraya Negeri (PRN) Ke-17 akan datang.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah Jeffery Nor Mohamed berkata, berkata beliau (Masiung) perlu melihat sejarah dunia politiknya dari mana bermula dimana tanpa BN beliau tidak akan berada di persada politik di negeri ini.
Katanya beliau (Masiung) sebelum ini dipilih sebagai calon untuk DUN Kuamut mewakili UPKO merupakan salah satu kompenan parti dalam BN parti yang menjulang nama beliau sebagai seorang pemimpin .Tanpa BN sudah pasti beliau tidak akan dikenali .
Jeffery berkata meskipun mengakui bahawa parti BN/UMNO mempunyai kelemahan, namun GRS termasuk Masiung tidak perlu berlagak suci dengan mengaitkan sejarah peperangan Badar namun apa yang beliau tidak perjelaskan ialah pengajaran di sebalik peperangan Badar dan Uhud ialah tentang sikap tenang dan kekal diposisi menghadapi cabaran dan dugaan ,sebaliknya beliau (Masiung) bila kalah terus meninggalkan posisi yang jelas tidak memiliki daya juang dan prinsip perjuangan yang sebenarnya.
“Ya, Umno tidak maksum. Tapi GRS juga tak perlu acah suci,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Jeffery berkata, BN/UMNO tewas semasa PRU Ke-14 bukannya berpunca dari kelalaian atau pun parti itu terlalu lama merintah melainkan dari proganda serta fitnah melampau yang dilakukan oleh parti lawan termasuk perbuatan “Tikam Belakang” sebilangan pemimpin UMNO/BN termasuk di negeri ini antara faktor membawa kekalahan.
Jeffery yang juga Ketua Umno bahagian Putatan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Masiung semasa merasmikan Agung (GRS) bahagian Tanjung Kapur baru-baru ini yang mengingatkan ahli-ahli parti (GRS) agar jangan lalai dan leka sebagaimana kelalaian BN menyebabkan parti itu kalah dalam PRU ke-14.
Menurut Jeffery GRS termasuk Masiung jangan ingat mereka tiada dosa ,dalam GRS berlagak suci seolah-olah parti tersebut terlalu kuat sedangkan ianya adalah sebuah parti yang tidak mendapat mandat dari rakyat melalui sistem pilihanraya.
“ Hakikatnya, GRS yang memerintah hari ini jangan ingat ianya boleh bangun sendiri tanpa sokongan BN/UMNO selepas PRN Ke-16 mereka tidak akan dapat membentuk kerajaan dan duduk dalam keadaan selesa ketika ini” katanya.
Menurut Jeffery GRS selepas PRU Ke-15 turut menyokong Perikatan Nasional (PN) tapi membuat pusingan 360 darjah menyokong PH demi survival politik mereka
Malahan Masiung bukanlah ikon pemimpin politik yang mempunyai kredibiliti yang baik dengan budayanya suka melompat parti dari UPKO lari ke Warisan dan apabila tidak dicalonkan oleh BN dalam PRN Ke-16 bertanding atas tiket bebas.
“ Semua ini memberikan gambaran negatif bahawa beliau bukanlah seorang pemimpin yang mempunyai kredibiliti dan prinsip selain mengajar kedudukan peribadi jadi budaya begini kita ibaratkan sebagai’ sesumpah politik” yang berbahaya dan harus ditolak oleh rakyat negara ini” katanya.
Justeru, beliau mengingatkan Masiung sekiranya hendak meludah kahak, jangan ke langit supaya tidak jatuh terkena batang hidung sendiri.
“Kalau nak buat andaian melulu kepada BN/UMNO, intai dulu kudis yang membusuk di badan sendiri. Jangan berlagak suci dan tak pernah buat salah macam orang lain. Semuanya sudah terakam dan tertulis dalam sejarah,” katanya.
Dalam perkembangan yang sama Jeffery yakin UMNO/BN akan bangkit semula pada PRN ke-17 akan datang berdasarkan kepada memountum rakyat yang semakin muak dengan janji manis GRS yang gagal ditunaikan terutamanya dalam penyediaan prasarana pembangunan sistem perhubungan jalanraya, bekalan air bersih, elektrik isu kemiskinan yang semakin hari membelanggu kehidupan rakyat di negeri ini.