Komitmen sediakan kemudahan asas terus jadi keutamaan di kawasan Kinabatangan – Bung Moktar

Oleh Jaafar Abd Wahid

KINABATANGAN: Keluasan kawasan Parlimen Kinabatangan sebagai yang terbesar di Sabah tidak menjadi penghalang kepada kerajaan untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan di kawasan itu demi kesejahtraan rakyat.

Ahli Parlimennya Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, rekod pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama ini terbukti apabila kawasan tersebut tidak terpenggir dari menerima limpahan pelbagai projek pembangunan insfrastruktur seperti jalanraya, bekalan elektrik dan air.

Katanya walaupun ada pihak yang mendakwa sejak beliau menjadi Ahli Parlimen Kinabatangan dan Adun Lamag beliau gagal membawa projek pembangunan di kawasan tersebut ianya merupakan satu fitnah dari golongan yang buta sejarah dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk membawa pelbagai projek pembangunan ke kawasan tersebut selama ini.

“ Tanpa mendabik dada memang banyak projek-projek pembangunan telah disalurkan ke kawasan ini, jalanraya luar bandar ,bekalan air dan elektrik dimana kampung kampung terpencil yang sebelum ini belum menerima kemudahan ini, kini mereka turut menikmatinya” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Masjid Nusa Jaya Kinabatangan dan Majlis Kenduri Sekampung di Kampung Nusa Jaya Kinabatangan baru baru ini.

Selain itu Bung berkata, semasa beliau menjadi Wakil rakyat dan Ahli Parlimen banyak, projek-projek mega dapat dibawa ke kawasan tersebut antaranya pembinaan projek Lebih Raya Pan Borneo Zon Timur bagi pakej 28,29 dan 30 yang lain yang sedang perlaksanaan .

Begitu juga Projek naik taraf jalan Tongod Keningau sejauh 40 kilometer yang menelan belanja RM320 juta yang kini dalam pembinaan dan dijangka siap selewat-lewatnya tahun depan.

Bung berkata apabila projek ini siap sepenuhnya ianya akan membawa kepada peningkatan taraf siso ekonomi Masyarakat Kinabatangan dan sekitarnya.

“ Justeru jika ada dakwaan semasa saya menjadi Ahli Parlimen atau pun wakil rakyat dikawasan ini gagal membawa projek pembangunan ke kawasan ini ianya merupakan satu fitnah yang sengaja disebarkan bagi menjejaskan reputasi saya sebagai wakil rakyat” katanya.

Bung juga mengakui ada projek-projek yang dipohon dan telah pun diluluskan bagaimanapun apabila berlaku pertukaran kerajaan perlaksanaan projek tersebut tidak terbengkalai, namun sebahagianya telah pun diluluskan dan dilaksanakan walau pun ada pihak mengambil ‘kredit’ projek tersebut mereka yang memohon dan menguruskannya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles