Pelajar Baharu Diminta Manfaat Peluang Sepanjang di Universiti

BEAUFORT: Pelajar baharu yang berpeluang melanjutkan pengajian mereka ke Unversiti,diminta untuk memanfaatkan peluang yang diperolehi dengan sepenuhnya sepanjang tiga hingga empat tahun pengajian.

Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Awang Aslee Lakat berkata, tawaran melanjutkan pengajian ke universiti merupakan satu peluang yang berharga dan tidak semua pelajar lepasan Sijil Pertengahan Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) berpeluang melanjutkan pengajian kerana persaingan yang sengit untuk mendapatkan tempat.

“Masuk universiti ini merupakan satu langkah yang besar dan merupakan idaman semua pelajar sejak di peringkat sekolah rendah lagi.

“Anda merupakan insan yang bertuah dari ribuan pemohon lain yang tidak berjaya, justeru mereka yang diberikan peluang menyambung belajar tidak mensia-siakan peluang ini,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada tiga pelajar dari kawasan Parlimen Beaufort dua dari daerah Beaufort dan satu dari daerah Kuala Penyu yang berjaya melanjutkan penganjian ke unversiti masing-masing pagi kemarin.

Mereka terdiri dari Mohd Hakimi Reeza dari Kuala Penyu yang akan melanjutkan pengajiannya ke (UNIMAS) dalam bidang Sain Kognitif dan Pembangunan Manusia, Siti Nur Syaza Athirah Kahar dari Daerah Beaufort melanjutkan pengajinannya ke (UMT) dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Laut dan Ihsan Hani Mohd Lapian juga dari daerah Beaufort yang melanjutkan pengajiannya dalam bidang Pendidikan Seni di (UPSI)

Menurut Awang Aslee sumbangan tersebut adalah hasil sumbangan dari Tabung Pendidikan Melayu yang akan di agih-agihkan kepada para pelajar yang kurang berkemampuan dan berjaya melanjutkan pengajian mereka ke Unversiti tahun ini.

Katanya, walaupun sumbangan tersebut tidaklah sebesar mana. namun ianya dapat meringankan beban ibubapa pelajar untuk menyediakan keperluan serta kelengkapan anak-anak mereka ketika mula melangkah ke Unversiti,

Awang Aslee yang juga Pengerusi Penasihat Pusat Giat MARA Parlimen Beaufort turut menasihatkan pelajar yang berjaya memasuki Unviersiti agar mengunakan peluang serta kesempatan di universiti untuk beridealogi berfikir bagaimana untuk majukan diri, keluarga dan negara.

“Tumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengajian semasa di Universiti, jangan terjebak dengan aktiviti-aktiviti tidak bermoral yang boleh menjejaskan masa depan ,anda adalah harapan keluarga dan negara pada masa akan datang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Awang Aslee juga turut menasihatkan pelajar yang kurang cemerlang dan gagal melanjutkan pengajian ke peringkat unversiti agar tidak berputus asa.

Katanya peluang dalam bidang lain terutamanya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbuka luas dimana bidang ini menjanjikan peluang pekerjaan yang besar.

“TVET memang ada kerjajaya masa depan, asalakan anak muda terutamanya lepasan SPM berminat mengikuti pengajian atau Latihan di institute kemahiran TVET yang banyak disediakan oleh kerajaan di negara ini, antaranya Pusat Giat MARA,” Katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta agar mereka yang kurang cemerlang dalam bidang akdemik atau tidakmencukupi syarat memasuki unversiti agar memilih TVET sebagai pilihan kedua yang turut menjanjikan masa depan yang baik sekiranya ada kesungguhan untuk belajar dalam bidang ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles