Perpaduan elemen penting untuk kemakmuran negara – Awang Aslee

Oleh Jaafar Abd Wahid

KUALA PENYU :Perpaduan kaum merupakan satu konsep yang penting dalam membina kehidupan masyarakat Malaysia yang harmoni aman dan Makmur.

Ketua UMNO Bahagian Beaufort Datuk Awang Aslee Lakat berkata, perpaduan yang dimaksudkan ialah merujuk kepada keadaan di mana semua kaum hidup bersama secara harmoni dan saling membantu-membantu.

“Memupuk perpaduan kaum adalah penting kerana ia membawa banyak manfaat kepada masyarakat Malaysia. Antara manfaat yang boleh diperoleh meningkatkan keamanan dan keselamatan, meningkatkan ekonomi negara dan meningkatkan pemahaman antara kaum,

“Apabila rakyat Malaysia hidup bersama, kita akan lebih memahami budaya, adat resam, dan bahasa masing-masing. Ini akan membawa kepada penghargaan yang lebih tinggi terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia, ” katanya ketika berucap merasmikan program Sambutan Hari Kebangsaan KEMAS/TASKA Peringkat DUN Kuala Penyu di padang Pekan Kuala Penyu baru-baru ini.

Menurut Awang Aslee yang juga Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Beaufort perpaduan kaum adalah sesuatu yang sangat penting bagi negara Malaysia namun terdapat beberapa faktor yang mengancam perpaduan kaum di negara kita.

Beliau berkata faktor pertama yang mengancam perpaduan kaum adalah politik identiti. Politik identiti merujuk kepada penggunaan identiti kaum untuk mencapai keuntungan politik. Ini bermakna, sesetengah pihak akan menggunakan isu-isu yang berkaitan dengan kaum untuk menarik sokongan daripada pengundi.

Contohnya, ada pihak yang menggunakan isu agama untuk menarik sokongan daripada pengundi Islam. Ini boleh menyebabkan perpecahan di kalangan masyarakat dan mengancam perpaduan kaum, katanya.

Awang Aslee berkata ,untuk memupuk perpaduan kaum, kita perlu mengambil tindakan untuk mengatasi faktor-faktor yang mengancam perpaduan kaum. Pertama, kita perlu mengelakkan politik identiti dan mempromosikan politik yang berdasarkan kepentingan rakyat secara keseluruhan.

“Akhir-akhir ini masih ada pihak di negeri ini yang menggunakan politik untuk membangkitkan kebencian antaranya mengeluarkan kenyataan berbaur kebencian seperti ,“ Anti Politik Malaya” yang dizahirkan secara lisan dan tulisan di media sosial,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan sentimen sampit ini yang boleh mengundangkan keruntuhan semangat perpaduan yang sekian lama dibina dan ketika ini diperkukuhkan dengan konsep kerajaan Perpaduan yang tidak mengabaikan mana-mana kaum di negara ini.

Dalam pada itu Awang Aslee yang juga Pengerusi Majlis Perhubungan Awam dan Kepenggunaan Komuniti UMNO Sabah, memuji usaha pihak KEMAS yang menganjurkan program tersebut yang merupakan pendekatan positif melalui pendidikan awal di peringkat kanak-kanak.

Katanya ,pendidikan adalah aspek penting dalam memupuk perpaduan kaum. Sekolah-sekolah harus memastikan bahawa pelajar memahami kepentingan perpaduan kaum dan menghargai kepelbagaian budaya. Guru-guru harus mengajar pelajar tentang kepelbagaian budaya dan menggalakkan pelajar untuk menghormati perbezaan budaya disamping menyamai nilai kasih sayang perpaduan serta membangkitan semangat patriotik di kalangan kanak-kanak sejak awal awal persekolahan.

Turut Hadir Pengawai Kemas Beaufort Halick Udeh,Ketua Wanita Umno bahagian Beaufort Juriffah Safflie,Ketua Pemuda Ak.Mohd Yazri Ak.Mohd Yahya dan Ketua Penerangan Umno bahagian Beaufort. Awang Damit Hadraf Jion.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles