UMNO Kota Belud sambut baik pelantikan Awang Alik sebagai KDU KDN baharu

KOTA BELUD : UMNO Bahagian Kota Belud, mengalu-alukan pelantikan Datuk Awang Alik Jeman sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang baharu bagi mengantikan tempat Datuk Ruji Ubi yang bertukar sebagai KSU Kementerian Pendidikan.

Advertisements

Ketua Umno bahagian Kota Belud Azuwan Marjan Norjan berkata sebagai anak jati kelahiran daerah Kota Belud sudah rakyat Sabah khususnya masyarakat di daerah itu turut berbangga dengan pelantikan Awang Alik sebagai KSU di KDN salah satu Kementerian yang begitu penting dan mempunyai tugas serta tanggungjawab yang besar,

“Mewakili Masyarakat Kota Belud ,kami mengucapkan tahniah dan turut berbangga dengan pelantikan beliau (Awang Alik) sebagai KSU baharu di KDN dan yakin beliau akan dapat menggalas tugas serta tanggungjawab beliau sebagai KSU berdasarkan pengalaman yang sediaada’ katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut Azuwan Umno bahagian Kota Belud turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar atas kepercayaan melantik anak Sabah khususnya anak jati Kota Belud bagi menjawat jawatan tersebut.

“Ini merupakan satu pengiktaran kerajaan Pusat kepada anak-anak Sabah yang berkelayakan serta berpengalaman untuk menjawat jawatan sebagai KSU dan ditempatkan di Kementerian yang begitu penting dalam jentera pentadbiran negara,” katanya.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar minggu lalu telah mengumumkan perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi 12 jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam.

Ia membabitkan sembilan ketua setiausaha (KSU), seorang timbalan ketua setiausaha kanan dan dua ketua pengarah yang berkuat kuasa esok dan 23 September ini.

Shamsul Azri berkata, perubahan penempatan dan pelantikan baharu itu dilaksanakan seiring dengan hasrat kerajaan melaksanakan reformasi perkhidmatan awam yang menuntut kepantasan, ketangkasan dan kedinamikan dalam kepimpinan tertinggi sektor awam bagi mendepani era baharu.

Beliau berkata, langkah itu juga susulan pengumuman Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Ogos lalu.

Awang Alik yang dilahirkan pada 15 April 1967 di daerah Kota Belud telah menerima pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian di Unversiti Putra Malaysia (UPM) Serdang dalam bidang Sans Perikanan seterusnya menyambung pengajian di peringkat Sarhana Pentadbiran Awam di Unversiti Malaya(UM)

Beliau mula menggalas jawatan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) di JPM berkuatkuasa 18 julai 2022

Sebelum ini Awang Alik pernah bertugas di beberapa Kementerian/Agensi antara Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Pertahanan,Parlimen Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Related Articles

253FansLike

Latest Articles