Pemilihan calon BN PRK Dun Mahkota satu pengiltirafan kepada golongan muda – AK Mohd Yazri

BEAUFORT: Pemilihan calon daripada ‘orang muda’ bagi mewakili Barisan Nasional/UMNO dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.29 Mahkota merupakan pengiktirafan kepada golongan muda.

Advertisements

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Beufort Ak.Mohd Yazri Ak.Mohd Yahya berkata, berdasarkan kejayaan cemerlang calon Pemuda PRK Nenggiri Mohd Azmawi Dikri Abdul Ghani baru-baru ini Presiden UMNO Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi dan barisan kepimpinan tertinggi UMNO sekali lagi meletakkan amanah serta kepercayaan kepada Pemuda UMNO dengan meletakkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussein Syed Abdullah, 40 sebagai calon PRK DUN Mahkota pada 28 September ini.

“Ini merupakan satu amanah serta kepercayaan pucuk pimpinan kepada calon muda untuk berjuang atas tiket BN/UMNO dan menjadi harapan kita agar memontum sokongan rakyat khususnya pengundi muda semasa PRK Nenggiri akan berulang di PRK Mahkota” katanya dalam hantaran beliau di Face Book milik beliau sambil mengucapkan tahniah kepada Syed Hussein yang dipilih oleh BN/UMNO untuk bertanding dalam PRK Mahkota kemarin.

Pengumuman Syed Hussein sebagai calon BN bagi PRK DUN Mahkota telah diumumkan oleh Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi semasa Majlis Pelancaran Jentera dan Pengenalan Calon BN bagi PRK DUN Mahkota di Command Centre BN di Taman Sri Kluang pada petang Sabtu.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan kepiminan sayap BN dan Pakatan Harapan (PH).

Turut hadir Presiden MCA, Datuk Dr Seri Wee Ka Siong dan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.

Ak.Mohd Yazri berkata dengan meletakkan calon muda pada PRK kali ini, membuktikan kesungguhan UMNO untuk meremajakan parti terutamanya dalam mendekati golongan muda bagi mendepani pilihan raya akan datang.

“Ini juga menolak persepi selama ini yang mengatakan bahawa parti keramat ini hanya terbuka kepada sebahagian kelompok fenerasi atau umur,” katanya.

Ak Mohd Yazri menambah meremajakan UMNO ini sangat penting, dan kritikal untuk dilakukan kerana 30 hingga 40 peratus pengundi baharu adalah orang muda, setiap pilihan raya umum lebih kurang lima atau enam juta orang muda akan masuk menjadi pengundi.

Sehubungan itu jelasnya, calon yang dipertaruhkan ini adalah pilihan tepat pucuk pimpinan parti dalam meneruskan legasi cemerlang di kawasan itu Allahyarham Datuk Sharifah Azizah Syed Zain di DUN Mahkota.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari pengundian PRK DUN Mahkota pada 28 September, dengan penamaan calon pada 14 September dan pengundian awal pada 24 September .

Related Articles

253FansLike

Latest Articles