JPKKP ditubuh bagi memudahkan urusan kerajaan – Junaidi

Oleh Jaafar Abd Wahid

Advertisements

RANAU: Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) adalah satu keperluan bagi memudahkan urusan kerajaan dalam mentadbir urus sesebuah kampung dan menggerakkan segala aktiviti kemasyarakatan selain menjadi medium penyaluran maklumat kepada rakyat.

Ketua UMNO bahagian Ranau Datuk Haji Junaidi Sahat berkata pelantikan wakil JPKKP bagi setiap kampung berdasarkan kepada kemampuan serta kelayakan mereka yang dilantik untuk merancang pembangunan sesebuah kampung.

Katanya, mereka yang dilantik merupakan mata dan telinga kerajaan untuk menyampaikan segala dasar dan program kerajaan selain menjadi agen menyampaikan isu isu setempat khususnya berkaitan masalah rakyat untuk disampaikan kepada pihak yang berkuasa

“Mereka yang dilantik akan memikul satu amanah serta tanggungjawab yang besar dan diharpakan mereka dapat memainkan peranan yang efektif sebagai perancang serta pelaksana program-program disetiap kampung yang mereka wakili,” katanya ketika berucap majlis penyampaian watikah (JPKKP) di dewan Masyarakat kampung Kilimu dekat sini baru baru ini.

Menurut Junaidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penasihat GiatMara Ranau penubuhan (JPKKP) merupakan satu langkah proaktif Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam usaha menghapuskan kemiskinan tegar di peringkat akar umbi.

Junaidi berkata walaupun penubuhan (JPKKP) di negeri ini mendapat tentangan dari beberapa pihak , dengan pelbagai tanggapan negetif kononnya akan memecahbelahkan rakyat namun tanggapan tersebut tidak benar dimana pihak berkenaan lebih mempolitikkan isu penubuhan (JPKKP) dari memikirkan keperluan pembangunan demi kesejehteran rakyat.

“Satu ketika dahulu banyak pihak menentang pegwujudan Jabatan Pembangunan Persekutuan di Sabah, namun hakikatnya disebalik penubuhan jabatan ini rakyat menerima limpahan projek pembangunan yang disalurkan kepada JPPS,” katanya.

Sehubungan itu, Junaidi berharap mereka yang dilantik dapat memegang amanah serta tanggungjawab yang diberikan bagi mewujudkan kampung yang Sejahtera sejajar dengan konsep MADANI.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles