Dedahkan semangat patriotik di peringkat awal kanak-kanak – Awang Aslee

BEAUFORT : Sekolah termasuk Tadika turut memainkan peranan penting dalam menerapkan penghayatan terhadap sambutan Hari Kemerdekaan negara khususnya perasaan menghargai perbezaan dan keunikan tersendiri setiap negeri di negara ini.

Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Awang Aslee Lakat berkata ,usaha untuk mendedahkan kepada kanak-kanak tentang erti sebuah kemerdekaan perlu ditekankan pada peringkat awal kanak-kanak agar mereka lebih memahami mengenai sejarah dan tujuan sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan setiap tahun .

“Pihak tadika juga berperanan untuk menyampaikan semangat sayangkan negara dengan pelbagai pendekatan dan kaedah bersesuaian dengan peringkat umur mereka.Program yang dilaksanakan untuk golongan ini dibuat secara santai memandangkan topik yang diajar itu agak berat dan serius” katanya ketika berucap merasmikan Program Sambutan Hari Kemerdekaan Tabika/Taska KEMAS peringkat DUN Klias di Kompleks Sukan Beaufort kemarin.

Hadir sama Pegawai Kemas Beaufort Halick Udeh ,Penyelia Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kemes Parlimen Beaufort Helen Lawrence dan Ketua Wanita Umno bahagian Beaufort Juriffaah Safflie

Menurut Awang Aslee pihak tadika perlu kreatif dengan mengambil pendekatan yang boleh menarik perhatian kanak-kanak iaitu dengan mempelbagaikan program yang sesuai seperti sukan, kebudayaan, dan sebagainya yang dapat membentuk semangat patriotik dan kerjasama di kalangan mereka.

Awang Aslee menambah , semangat cintakan tanah air perlu disemai dan dibaja semua lapisan masyarakat agar kesinambungan keamanan dan kemakmuran negara dirasai oleh anak cucu kita pada masa akan datang.

“Banyak yang terpaksa kita lalui untuk mencapai kemerdekaan dan mempertahankannya demi sebuah negara yang kita cintai” katanya

Beliau berkata, kebersamaan dan kerjasama rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik menjadi kunci kepada kekuatan negara dan apa yang dimiliki hari ini .

Sehubungan dengan itu Awang Aslee berharap keamanan serta kemakmuran yang dikecapi negara ketika ini tidak ada lagi pemimpin atau sesiapa sahaja mengambil kesempatan atas kepercayaan rakyat meniupkan pelbagai sentimen untuk kepentingan sendiri .

“ Dalam poitik sekarang ada pihak menimbulkan sentiment anti “ parti Malaya” dan pelbagai provikasi untuk memecahbelahkan perpaduan yang sediaada” katanya

Di samping itu, Awang Aslee berharap rakyat tidak wajar menaip kata-kata nista di laman sosial, malahan ada yang cuba menarik perhatian dengan melakukan perkara yang ‘hilang adab’ untuk mendapatkan perhatian, mencemarkan keamanan dan kesejahteraan.

Sebaliknya Awang Aslee berkata rakyat di negara ini perlu memperkukuhkan perpaduan menghormati Rukun Negara, kebersamaan dan menghormati di antara satu sama lain.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles