Oleh JT
PENAMPANG: Justina Laison Masabal, antara peserta paling berusia muncul juara Pertandingan Akhir Nyanyian Hozou Songkotoun Kadazan-Dusun 2026 menerusi persembahan memukau lagu “Solizong Vatu Sinodu Nu” dan “NokoikotNoMonombuhui”.
Pertandingan akhir itu berlangsungdi Grand Ballroom 1, ITCC Penampang pada Sabtu, 7 November 2026 dan dianjurkan oleh Badan Penyelaras KDCA Penampang & Putatan.
Pertandingan akhir tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden KDCA, Bulawan Sigah Datuk Seri Panglima Clarence B. Malakun, J.P., yang menekankan kepentingan memelihara dan memperkasakan bahasa Kadazan-Dusun dalam kalangan generasi muda.
Beliau memaklumkan bahawa Badan Penyelaras KDCA Penampang & Putatan telah menganjurkan kelas perbualan bahasa Kadazan-Dusun secara percuma pada setiap dua minggu, iaitu pada hari Sabtu, bertempat di ITCCS hopping Mall.
Inisiatif tersebut bertujuan untuk menggalakkan generasi muda mempelajari, mengamalkan dan memelihara bahasa ibunda mereka.
Clarence yang juga Pengerusi KDCA Penampang & Putatan turut menegaskan bahawa penganjuran pertandingan nyanyian Kadazan-Dusun merupakan satu lagi pendekatan bermakna dalam usaha memelihara bahasa, budaya dan warisan masyarakat Kadazan-Dusun.
Menurut beliau, usaha memartabatkan bahasa dan budaya menerusi pertandingan seumpama ini telah dilaksanakan sejak lebih 20 tahun lalu.
Beliau berharap agar pertandingan tersebut dapat diteruskan untuk tempoh yang lebih panjang pada masa akan datang.
Pertandingan Nyanyian Hozou Songkotoun Kadazan-Dusun tahun ini menyaksikan penyertaan sepuluh orang peserta akhir yang mempersembahkan bakat nyanyian masing-masing menerusi lagu-lagupo pular Kadazan-Dusun dari era1960-an.
Peter Jipiu meraih tempat kedua menerusi persembahan lagu “Nokoipi Zou Diau”dan “Oi Sadi”, manakala Muldin Marius Gitam menduduki tempat ketiga dengan lagu “Bimbizangan” dan “Vinoun”.
Pertandingan itu diadili juri profesional artis tempatan Sabah, Aloysius Mojilis dan Atama. Turut hadir Datin Seri Panglima Sylvia Malakun dan Pengerusi Penganjur Dennis Julian Tunding.
