Oleh Abd Jaafar Wahud
KALABAKAN: UMNO memerlukan lebih ramai pemimpin dan calon pemimpin yang memiliki kriteria mudah disenangi serta boleh menyesuaikan diri dengan rakyat dan persekitaran bagi memastikan parti itu dapat meraih kemenangan dalam pilihan raya umum/PRN akan datang.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata ,bagi rakyat, adalah penting untuk mempunyai pemimpin yang boleh membantu mereka dalam apa jua keadaan tanpa mengira masa terutamanya ketika ditimpa bencana.
“Bagaiamana kita mahu disenangi (likeable) kita perlu memberikan perkhidmatan terbaIk kepada rakyat dalam apa jua keadaan.
“Kalau Umno berjaya tonjolkan pemimpin dan bakal calon yang mempunyaiciri-ciri seperti ini, maka peratusan Umno/BN untuk menang adalah lebih tinggi,” katanya.
Mohd Rafi berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada siri jelajah Penerangan Umno Malaysia bagi kawasan Parlimen Kalabakan dekat sini baru-baru ini.
Program tersebut dirasmikan oleh Ketua Umno bahagian Kalabakan Samasuddin Yusuf dan turut dihadiri oleh barisan kepimpinan Umno bahagian, Wanita Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno bahagian Kalabakan
Mohd Rafi berkata jika Umno mempunyai ramai pemimpin yang mempunyai ciri-ciri berkenaan, mudah bagi pemimpin parti mengetengahkan mereka pada pilihan raya umum akan datang khususnya dalam menghadapi Pilihanraya Negeri (PRN) Ke-17 akan datang.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan sesiapa sahaja berkeinginan untuk menjadi calon perlu menonjolkan diri dan melaksanakan kerja-kerja sebagai seorang calon yang mudah dikenali dan didekati rakyat.
“ Ingin menjadi calon perlu bekerja keras mendekati akar umbi, tidak hanya berdiam diri sehingga DUN dibubarkan baru bergerak aktif” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Rafi berkata kepimpinan Umno bahagian perlu memanafaatkan media sosial seperti facabook, tit tok , Instagram sebagai flaffrom untuk menampilkan diri melalui program -program yang diadakan oleh parti.
“Tidak sekadar memuat naik program perbadi pemimpin tapi dalam masa yang sama cari dan angkat masalah rakyat agar pihak yang berwajib mengtahui dan mengambil tindakan susulan” katanya.
Beliau menambah penggunaan media sosial untuk kepimpinan bahagian seperti program ketua Bahagian ,ahli di peringkat akar umbi juga perlu memainkan peranan dengan menyebarluaskanya ,agar lebih ramai ahli mengetahui program yang telah dilaksanakan oleh kepimpinan bahagian.
Pada masa sama, Mohd Rafi menyeru anggota-anggota Umno supaya mengamalkan konsep 5S iaitu setia, servis (khidmat), santun, semangat dan solidariti bagi perkukuhkan parti.
Katanya dalam keadaan parti kini menghadapi cabaran getir dari pihak lawan, pemimpin-pemimpin Umno perlu terus menunjukkan kesetiaan dan kebersatuan kepada parti selain mempunyai semangat kental bagi menghadapi tentangan musuh secara habis-habisan.
“Pemimpin Umno perlu sentiasa bersemangat, jangan sesekali lemah semangat walaupun diserang pihak lawan dari kiri dan kanan, lawan tetap lawan. Kesetiaan perlu ada kerana setia adalah asas kepada perjuangan,” katanya.