Malaysia bertuah miliki Perdana Menteri tegas tolak Rasuah, Politik Perkauman dan Manipulasi Agama – Salleh

KOTA KINABALU: Seluruh rakyat Malaysia seharusnya bersyukur memiliki Perdana Menteri yang amat tegas dalam mentadbir negara, terutama isu yang membabitkan rasuah dan salah guna kuasa.

Advertisements

Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said keruak berkata ketegasan Perdana Menteri terserlah apabila pemimpin nombor satu negara itu memberi peringatan bahawa beliau tidak akan bertolak ansur dalam isu rasuah dan salah guna kuasa.

Katanya jaminam kepada seluruh rakyat Malaysia itu dilafazkannya semasa berucap pada majlis Himpunan Rakyat anjuran PKR di sini pada Ahad,

Salleh yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata selain memerangi rasuah Perdana Menteri turut mengambil pendekatan politik tepat yang mengajak rakyat dan pemimpin tolak permainan politik sempit.

Beliau berkata ini termasuk memperalatkan ugama dan perkauman untuk meraih keuntungan politik.

“Manipulasi dan permainan politik sempit saperti ini amat merugikan rakyat dan negara,” katanya dalam catatan terbaharu di Facebook.

Sehubungan itu, Salleh yang juga ADUN Usukan berkata rakyat Sabah seharusnya berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi peruntukan bajet yang agak besar kepada Sabah.

“Usaha sebegini mempamerkan kejujuran dan keikhasan Perdana Menteri.

“Saya yakin falsafah politik yang diamalkan oleh Dato Seri Anwar berbeza dari pemimpin sebelum ini.

“Beliau mampu mengenal pasti dengan tepat sekali masaalah utama negara kita pada masa ini iaitu rasuah, politik perkauman dan manipulasi agama,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles