UMNO tidak boleh ada gunting dalam lipatan, duri dalam daging – Suhaimi Nasir

SANDAKAN: Ahli UMNO khususnya di bahagian Libaran diingatkan supaya jangan jadi gunting dalam lipatan yang cenderung mengkhianati parti.

Advertisements

Ketua Umno bahagian Libaran Datuk Suhaimi Haji Nasir berkata parti bukan sahaja berhadapan serangan dari luar yang boleh dikenal pasti musuh namun perbuatan ahli parti seperti gunting dalam lipatan,baling batu sembunyi tangan amat berbahaya kepada kekuatan parti.

”Jangan ada di kalangan kita mengamalkan budaya seperti ini, jadi gunting dalam lipatan, andu domba dan perjuangan kita dikabrui dengan kesenenangan sekejap ianya tidak akan mampu memperkasakan kekuatan parti malah akan memberikan kesan yang negetif kepada parti,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Libaran di Balairung Amanda Aisyadelia Cottage Batu 14 Sandakan baru-baru ini.

Majlis perasmian mesyuarat Perwakilan tersebut disempurnakan oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan turut dihadiri oleh Hajah Aminah Johan selaku wakil Umno Sabah.

Menurut Suhaimi yang juga Ketua Penerangan Umno Sabah parti mesti diselamatkan, parti tidak boleh ada ahli atau pemimpin gunting dalam lipatan atau duri dalam daging kerana itu sebelum ini Umno Sabah telah mengambil tindakan drastik dengan memacat beberapa pemimpin Umno Sabah yang menjadi duri dalam daging menyebabkan sumbangan Umno dalam pembentukan kerajaan telah dinafikan oleh Parti Gabungan Rakyat Sabah (PGRS)

“Umno Sabah dikaitkan dengan cubaan rampas kuasa diinamakan “ Langkah Kinabalu” sebenarnya tidak pun berlaku kerana tidak ada pun surat akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani untuk dipersembahkan kepada pihak Istana,

“Bagaimanapun bila ada dikalangan pemimpin Umno yang mengamalkan budaya gunting dalam lipatan adu domba kepada Ketua Menteri yang termakan hasutan ketika itu akhirnya Umno disingkirkan dari kerajaan” jelas Suhaimi.

Malah menurut beliau semasa PRN ke-16 pun Umno Sabah cukup bukti ada pemimpin Umno di negeri ini menjadi duri dalam danging dihadapan menyokong Umno/BN namun dalam masa yang sama membantu parti lawan.

“Berikutan itu Umno Sabah mencadangkan kepada Biro Displin Umno untuk mengambil tindakan tataterbit termasuk memecat keahlian mereka kerana melanggar tatatertib

Sehubungan itu menurut Suhaimi yang juga Ahli Parlimen Libaran ahli Umno perlu memiliki integeriti berjuang atas nama prinsip dan keihlasan , berjuang bukan untuk kepentingan peribadi tapi berjuang demi genersi akan datang berjuang untuk kemajuan dan kemakmuran rakyat Sabah.

“Akar umbi merupakan pejuang-pejuang yang akan memastikan Umno dapat mempertahankan kerusi-kerusi BN/UMNO khususnya di bahagian Libaran pada PRN Ke-17 akan datang oleh itu tanggungjawab ini perlu digalas bersama bekerja dan bergerak dalam satu pasukan yang mantap dan kukuh bagi mempastikan kemenangan BN/Umno pada PRN kali ini,” tegas Suhaimi.

Ujarnya pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan cawangan haruslah sentiasa mendekati dan membantu rakyat untuk menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah depan dengan strategi yang tepat mememberikan penerangan yang jelas mengenai isu-isu serta kegagalan yang dilakukan oleh kerajaan dalam mengatasi masalah kemiskinan dan penyediaan prasarana asas seperti air, jalanraya dan elektrik yang semakin membelanggu rakyat Sabah ketika ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles