91 pelajar SK Pulau Gaya keracunan makanan, perkhidmatan RMT diberhentikan serta-merta Raisin

KOTA KINABALU : Seramai 91 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya mengalami insiden keracunan makanan dipercayai daripada pembekalan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sini semalam.

Advertisements

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Raisin Saidin berkata, akibat insiden tersebut perkhidmatan RMT diberhentikan secara serta-merta bagi sesi persekolahan sidang petang semalam.

Katanya, insiden itu dikesan selepas terdapat beberapa murid mengadu mengalami muntah-muntah dan beberapa symptom lain sekitar jam 12 tengah hari semalam.

Katanya, berdasarkan maklumat awal diperoleh terdapat lebih daripada 20 orang murid terlibat dalam kes keracunan makanan berkenaan.

“Pihak sekolah mengumpul maklumat murid yang terlibat dalam kes keracunan makanan ini dan segera menghantar mereka ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS).

“Ada kalangan murid mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1 serta Klinik Kesihatan Luyang. Kita menasihatkan ibu bapa atau  penjaga terlibat agar membawa anak jagaan masing-masing untuk mendapatkan rawatan segera di klinik berhampiran sekiranya terdapat simptom keracunan makanan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Raisin berkata, pemeriksaan lanjut mendapati seramai 55 orang murid telah menerima rawatan lanjut di HWKKS; 25 orang di HQE1; Klinik Kesihatan Luyang (8 orang) ); Klinik UTC Kota Kinabalu (1 orang) dan Jeti SAFMA Kota Kinabalu seramai dua orang murid.

“Status kesihatan murid berada pada tahap dua dan masih dalam pemantauan pihak hospital.

“Laporan yang diterima, difahamkan tidak ada kes tahap kritikal selain 90 peratus murid dimasukkan ke hospital untuk pemantauan dan 10 peratus lagi dibenarkan balik ke rumah.

“Pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu telah  membuat janji temu dengan pasukan Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu untuk menjalankan siasatan dan mengambil sampel di sekolah pada hari ini,” jelas Raisin.

Menurutnya, semalam pihak PPD Kota Kinabalu mengarahkan supaya perkhidmatan kantin dan RMT diberhentikan serta merta demi keselamatan murid buat sementara waktu.

“Buat masa ini, punca sebenar insiden masih dalam siasatan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS)

“JPNS memohon  agar semua ibu bapa atau penjaga melaporkan segera jika ada anak jagaan masing-masing mengalami simptom keracunan makanan. JPNS sentiasa memantau perkembangan kes dari masa ke masa,” kata Raisin.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles