Francis Chong dilantik Presiden Majlis Perbandaran Penampang

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam menyampaikan watikah pelantikan sebagai Presiden Majlis Perbandaran Penampang (MPP) kepada Francis Chong Yu Shing pada majlis yang diadakan Wisma Innoprise, di sini, hari ini.

Advertisements

Beliau akan memulakan perkhidmatan pada 1 Ogos.

Chong, 59, memiliki pengalaman meluas selama 37 tahun dalam sektör perkhidmatan awam. Sebelum menjadi Pegawai Daerah Penampang, beliau pernah memegang jawatan sebagai Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) di Pejabat Daerah Kudat dan mengetuai daerah kecil sebagai Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong.

Dr. Joachim berharap Francis bersama jentera kerja Majlis Perbandaran Penampang (MPP) akan meningkatkan kerja dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di Penampang dan turut menyatakan bahawa MPP mendapat sokongan kuat daripada Kementerian.

MPP dijangka akan dilancarkan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor pada bulan Oktober tahun ini.

Turut menerima watikah pelantikan ialah Timbalan Presiden, Noemi Deyna Johntren; Setiausaha, Robert Malangkig dan Timbalan Setiausaha, Andresia A. Lojingau.

Hadir sama dalam majlis ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr. Jamili Nais; Timbalan Setiausaha Tetap I, Stanley Chong; Timbalan Setiausaha Tetap II, Faridah Giau; dan Setiausaha Rendah (Pembangunan), Johnny Samson.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles