Rizkam sumbang peralatan kepada mangsa tanah runtuh di Kg Wangkod

TAMPARULI: Ketua Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian N.14 Tamparuli, Rizkam Wenddy Yabin menyumbangkan peralatan asas pembersihan tanah kepada seorang penduduk di Kampung Wangkod, hari ini.

Advertisements

Simpati dengan masalah dialami Gerald Kandaring, 56 tahun, Rizkam, yang juga Pemaju Mukim di kawasan Mukim Topokon, bertindak membantu membelikan sebuah kereta sorong, penyodok dan cangkul kepadanya.

Menurut Gerald, hujan berterusan sejak beberapa hari ini telah menyebabkan berlaku runtuhan tanah di belakang kediaman beliau.

Katanya, oleh kerana di kawasan menuju rumah beliau masih belum mempunyai jalan raya, maka beliau bercadang untuk melakukan pembersihan sendiri.

“Semoga sumbangan ini dapat mempermudahkan beliau untuk membuat kerja asas pembersihan di rumahnya buat sementara waktu sementara menantikan bantuan selanjutnya,” ujar Rizkam.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles