Dr. Joachim, pemimpin PBS Moyog beri sumbangan kepada mangsa banjir

PENAMPANG: Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam bersama para pemimpin PBS Bahagian N.26 Moyog mengadakan ziarah bencana banjir bagi menghulurkan sumbangan kepada penduduk sekitar Pekan Donggongon yang terkesan akibat banjir.

Beliau diiringi oleh Ketua Bahagian PBS Moyog, John Masabal. Turut serta ialah Ketua Pergerakan Pemuda, Dr. Christoper Mandut bersama Exco Pemuda dan Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

Selepas melawat rumah-rumah yang telah dilanda banjir, Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri II berkata, bantuan kemanusiaan pada ketika ini amat diperlukan.

Katanya, banyak rumah telah dinaiki air semasa kejadian banjir pada 30 Jun, malahan ada juga struktur tanah rumah yang didiami turut terjejas dan banyak kenderaan yang tersadai akibat dimasuki air banjir.

Dr. Joachim menzahirkan rasa simpati kepada semua penduduk Penampang yang ditimpa musibah itu.

“Kita perlu tampil memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira latar belakang mereka,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada penaja yang bermurah hati menyediakan barangan keperluan asas, barangan dapur dan makanan.

Pekan Donggongon adalah antara kawasan yang terjejas teruk oleh kejadian banjir tersebut yang turut meragut satu nyawa.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles