Penyanyi veteran KDM Sitim Bandaron ketuai GASTS

Presiden GASTS Sitim Bandaron menerima sijil pendaftaran persatuan dari pegawai Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sabah Sahrizan Sellaazizianna binti Achmat.

Advertisements

KOTA KINABALU: Penyanyi veteran KDM Sitim Bandaron dilantik sebagai presiden
Persatuan Gabungan Artis Seni Tempatan Sabah (GASTS) yang baharu diwujudkan bagi membantu dan melengkapkan usaha membela nasib dan kebajikan para artis tempatan di negeri ini.

Menyedari kehidupan para artis dan penghibur yang pasang surut selepas serangan wabak Covid-19 di negeri ini, anggota AMT GASTS telah memutuskan untuk bergabung tenaga bagi meneruskan perjuangan mereka dalam dunia seni hiburan meskipun berdepan dengan penuh cabaran, khususnya yang membabitkan kepentingan artis dan penyanyi dari komuniti KDM.

Menurut Sitim, persatuan yang baharu didoftarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sabah itu, antara lain, bertujuan mempersatukan artis artis di negeri Sabah.

Selain itu, beliau berkata ia bermatlamat untuk menganjurkan secara berterusan
bengkel vokal dan bengkel mencipta lagu.

“Kami juga berhasrat untuk mengadakan bengkel muzik dan membantu menncungkil bakat baharu serta mengilapkan bakat-bakat baru dan lama.

“Kami turut merancang untuk mengadakan bengkel muzik tradisi dan segala yang berkaitan dengan seni,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sitim berkata majlis pelancaran rasmi GASTS dijangka diadakan pada Oktober depan sempena Majlis Kesyukuran penubuhan persatuan itu.

Katanya keahlian persatuan tersebut terbuka kepada mereka yang berumur 12 tahun ke atas.

Sitim berkata mereka yang berminat menjadi ahli GASTS boleh menghubunginya di nombor 011-10785732.

Berikut ialah senarai penuh AJK GASTS – Presiden – Raitim Sitim Bandaron, Timbalan Presiden – Soidy Bangkong, Setiausaha – Cathrine Benedick, Penolong Setiausaha – Cindy Rumindoh, Bendahari – Mating Oyong. AMT -Joseph Losod, Alex Ganson, Dicky Fredoline, Harmada Bangou, Eddy Kassim, Ricky Sitim, Loimin Kayandang, Selybera Sitim, Michel Dumi, Richard Bulong, Penaung – Francis Golius dan Penasihat – Henry Lunos.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles