Gesa henti aktiviti pusat hiburan tiada permit

PENAMPANG – Presiden Pertubuhan Prihatin Rakyat Sabah (PPRS) Datuk Mohd Fadli menggesa pihak berkuasa supaya memantau pusat hiburan yang dilihat bagai cendawan tumbuh selepas hujan di sekitar daerah ini.

Advertisements

Beliau berkata, tinjauan mendapati kelab malam semakin berleluasa di sekitar daerah Penampang.

“Seperti yang kita sedia maklum banyak di kalangan kelab hiburan ni dibuka tanpa ada permit dan lesen yang sah dan beroperasi sehingga jam 4 pagi.

“Apakah tindakkan tidak diambil? Walau kerap kali serbuan telah dibuat, namun tindakan dari pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti tidak memantau keadaan ini,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Katanya lagi, perkara itu perlu diambil serius kerana perniagaan yang dijalankan adalah kelab hiburan.

“Perlu ada permit dan lesen yang sah sebelum menjalankan aktiviti perniagaan kelab hiburan.

“Diharap pihak yang bertanggungjawab memantau dan menghentikan perniagaan kelab malam yang tidak mempunyai permit dan lesen yang sah ini dengan serta-merta,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles