Dr Yusof terima kunjungan hormat Sekretariat SMJ

KOTA KINABALU : Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad Datuk Dr Yusof Yacob menerima kunjungan hormat Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ), Jabatan Ketua Menteri yang diketuai Ketua Pegawai Penyelarasnya Datuk (Datu) Rusmadi Datu Sulai di Menara Kinabalu, semalam.

Advertisements

Turut bersama adalah Ketua Pegawai Operasi Sekretariat SMJ Ramlee Kariah, Pengarahnya Rosnih Othman dan Ketua Penolong Pengarah Mohd Hisham Ujang.

Pada taklimatnya, Datu Rusmadi berkongsi misi Sekretariat SMJ dalam pelaksanaan Ekonomi Biru Sabah dan membasmi miskin tegar di negeri ini.

Dr Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Sindumin berkongsi hala tuju QSB dalam meningkatkan pendapatan dengan menerokai bidang berkaitan tenaga diperbaharui, elektrik, hartanah, infrastruktur dan perniagaan.

Taklimat QSB disampaikan oleh Pengurus Besar Bahagian Pelaburan dan Strategik Muhamis Marsadek.

Turut hadir, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) QSB Rudy Jaglul, Ahli Lembaga Pengarah QSB Datuk Nor Asiah Mohd Yusof, Pengerusi Kojasa Holding Bhd Ben Chong Chen Bin, Pengerusi Qhazanah Technology Sdn Bhd Datuk Ag Ahmad Sah Ag Sahari, Pengerusi Qhazanah Ventures Sdn Bhd Dr Paul Porodong, Pengerusi Sabah Marketing Corporation Sdn Bhd Datuk Awang Sham Amit dan Pengerusi Kojasa Trading Sdn Bhd Yahya Ahmad.

CEO anak syarikat QSB yang hadir adalah Jeremy Ronald E Kimsin (Common Tower Technology Sdn Bhd), Mohamud Amin Bustamin (Qhazanah Ventures Sdn Bhd), Shaiful Batong (Qhazanah Resources Sdn Bhd), Felix Kugan (Qhazanah Energy Sdn Bhd), Sim Fui (Kojasa Holding Sdn Bhd), Mikail Abdullah (Qhazanah Technology Sdn Bhd) dan Azizul Lemin (Kojak Sdn Bhd).

Related Articles

253FansLike

Latest Articles