Bidang keusahawanan sedia peluang bagi yang ingin menjana pendapatan dengan bekerja sendiri – Dr Yusof

SIPITANG: Peserta kursus makanan perlu menjadikan penyertaan di kursus itu sebagai platform untuk menerokai bidang keusahawanan.

Advertisements

Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata, bidang keusahawanan menyediakan peluang yang baik untuk menjana pendapatan bagi mereka yang berminat bekerja sendiri.

“Kemahiran yang diperolehi menerusi penyertaan kursus perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya dan bukannya atas nama siji penyertaan sahaja.

“Terokai bidang keusahawanan yang menyediakan banyak peluang untuk menjana pendapatan terutama berkaitan makanan jika diterokai dengan komitmen dan cara yang betul,” katanya ketika merasmikan Kursus Pembangunan Kemahiran Khusus Pengeluaran Hiliran Tanaman Terpilih di
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Mesapol, pada Jumaat lepas.

Kursus anjuran bersama Jabatan Pertanian Daerah Sipitang dan NADI Kluster Sipitang itu disertai kira-kira 20 peserta.

Hadir sama, Pengurus NADI Pekan Mesapol Zuhair Calvin Ng Mohd Firdaus dan Penolong Pegawai Pertanian Kanan Sipitang Francis Angkui.

Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad berkata, Daerah Sipitang yang menjadi laluan khususnya rakyat Brunei dan warga Sarawak yang ingin ke Kota Kinabalu harus dimanfaatkan oleh golongan peniaga.

Tambahnya, dengan adanya Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) juga akan menambah kehadiran orang ramai di daerah ini.

“Bagi mereka yang ingin atau sudah terlibat dalam perniagaan makanan jadikanlah kelebihan ini untuk menjana dan meningkatkan pendapatan.

“Hasilkan produk makanan yang berkualiti dengan cara pemasaran yang mampu menarik perhatian pembeli,” katanya sambil menambah industri hiliran antara yang boleh diterokai.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles